Friday, February 6, 2009

Aie yang Blues- Kartunis Sepanjang zaman


Pada 7 Feb 2009 yang lalu buat julung kalinya kartunis terkenaL Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong yang terkenal dengan komik Aku dan Sesuatu, Blues Untuk Aku dll, telah mengadakan persembahan puisi khas sempena 'Malam Beca Naskah' (Maskara) anjuran Sindekit Soljah yang berlangsung di Rumah Pena.


di bawah merupakan sedikit temubual terbaru khas dengan saudara Aie yang diambil dari Sindiket Soljah blog yang boleh dilihat melalui pekomik website..


Ya Aie. Ceritakan sikit tentang latar belakang kau untuk orang yang tak kenal kau lagi.
Aku asal Kuala Lumpur. Dibesarkan di Segamat – Kluang - Kuantan. Abah aku TUDM, jadinya kena ikut posting. Itu pasal aku berpindah randah. Pengalaman jugak tu…dapat belajar hidup kat tempat orang. 1991, habis SPM aku naik Kuala Lumpur semula, start kerja jadi pelukis. Mulanya di majalah Jenakarama. Kemudian majalah Ujang. Dan...aku blues! Ha ha!

Dulu masa kecik-kecik, apa sebenarnya cita-cita kau? Dan sejauh mana ia menjadi kenyataan.
Aku sangat suka melukis dan aku memang nak cari makan dengan hobi aku ni. Masa kat sekolah dulu, cikgu aku kat S.M.Tengku Aris Bendahara, Kluang dan S.M. Seri Mahkota, Kuantan yang selalu tunjukkan muka 'manusia' tiap kali aku zahirkan harapan dan usaha aku. Alhamdulillah, berkat doa semua yang menyokong, 17 tahun penuh cabaran jadi saksi usaha keras aku selama ni.

Ni ramai yang bertanya, apa kesudahan kisah Aku Hidup Dalam Blues?
Aku dengan penulis (engkau la tu…lagi mau tanya. Chet!)…err…tak dapat teruskan sebab hakcipta, penerbit pegang. Setakat ni tak ada sebarang perkembangan. Terpulang kepada penerbit.

Kenapa tak teruskan Blues Untuk Aku?
Sama seperti di atas. Ha ha ha!

Kisah Aku Dan Sesuatu, bila nak sambung? Ha ha ha!
Hahahahahahahahahahahangin satu badan korang tunggu! Ampunkan aku. Perkembangan sangat slow, tapi tetap bergerak. Korang memang sangat berhak untuk naik hangin dan aku mintak sikit lagi kredit masa dengan korang untuk selesaikan urusan hidup sedia ada sebelum aku dapat pergi dengan tenang.

Apa pandangan kau terhadap komik-komik Malaysia?
Berhenti buat kerja pakai mulut. Pengkarya dan pengkritik berenti berbalah tentang genre komik. Fokus siapa pembaca dan pembeli karya kita dan jangan berhenti berusaha hasilkan sesuatu yang mengagumkan.

Aku nak tau jugak ni…kau buat apa sekarang?
Jadi Art Director kat Vision Animation Sdn. Bhd.

Soalan bonus. Kau suka teh tarik ke teh ais ke kopi ke apa?
Main badminton.

from sol-jah.blogspot.com

suram muram


salam dan selamat buat semua manusia kat muka bumi ni aku ucapkan..setinggi tq buat mber2 pahmie the head, pijart de jalang, tony doe' yok dan warga art grop dan team meriam buluh yang banyak mberi aku smangat dan kekusutan dalam mengwujudkan blog yang tak seberapa ini serta harapan untuk meneruskanya ..di sini aku bawakan beberapa coretan berita dari dunia seni....check out!!!!