Friday, April 24, 2009

Antara Aku, Dia dan Pokok Getah

Mungkin ada yang terfikir apalah kena mengenanya pokok getah dengan cerita aku ni? siapa plak si 'Dia' tu, awek ke? isteri ke?... maaflah semua sangkaan anda itu salah. Sebenarnya kat sini aku nak cerita pasal seorang seniman yang mana lagu-lagunya sering menyebabkan aku terlentok mengenangkan kembali kisah-kisah lama (chewah)..seniman yang aku maksudkan ialah R.Azmi..hahaha ada antara rakan2 yang tergelak melihat aku melayan dan lagu beliau sebelum mau tidoq.. sambil berkata ni zaman 50an ke alaf21 ni??..aku pun tak kisah sebab lama kelamaan diorang pun dah terlayan dengan lagu2 lama nih..

rasanya memang kurang golongan rumaja seperti aku(rumjakah aku) yang mahu mendengar lagu2 sebegini..mungkin kerana takut dikatakan kolot dan tidak mengikuti arus zaman..biasalah skang banyak orang dengar lagu indon!! n macam2 lah lagunya..

Apa kena mengenanya lagu-lagu R.Azmi ni dengan hidup aku?? tak ada kena mengenanya pun sebenarnya.. sebab bapak aku yang selalu dengar lagu-lagu R.Azmi dulu..masih terbayang di kepala hotak bila mana bapak aku pasang kaset lagu R.Azmi sambil motong getah..waktu tu aku skolah rendah cmtu la just teman mak aku motong ja belum pndai motong lg..lagu R.Azmi yang jadi peneman aku time tu dikala tidoq di sebelah pokok getah ( utk makluman aku mmg suka tidur sblah pokok getah dari kecik smpai ke besar kalo g menoreh)....


aku hidup makan hasil dari pokok nih lah

antara lagu-lagu R.Azmi yg femes Pilihan mata(aku suka lgu nih), hore hore samba, serba salah, helo helo sayang, memikat hati n banyak lagi lah..
kat sini aku sertakan jugak R.Azmi punya profile dan sedikit kisah perjalanan hidup beliau yang agak mendukacitakan..


Seniman R.Azmi



Profil R Azmi


Nama Sebenar: Raja Azmi Raja Ambiah

Lahir: 1923

Asal: Kuala Kangsar, Perak

Tahun Meninggal Dunia: 1974

Kerjaya: Penyanyi/Pencipta Lagu

Antara Lagu Popularnya: Memikat Hati, Dari Kerana Mata, Si Cantik Manis, Hore Hore Samba dan Di Bawah Bulan Purnama.


Seniman R.Azmi:


R Azmi
dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah, Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni.Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan rakyat pd zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.

Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.Pernah dr Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal

Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu.

R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor.

Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.

Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.


Suara R. Azmi mula digunakan sebagai playback singer dalam filem pada tahun 1949. Filem "Noor Asmara" (1949), beliau berpadu suara bersama Lena, P. Ramlee dan S. Hamid menyanyikan lagu berjudul 'Bunga Ros'.


R. Azmi juga pernah berlakon dalam beberapa filem keluaran Malay Film Productions. Antara filem-filem lakonan beliau, "Bapa Saya" (1951) arahan B. S. Rajhans, "Syurga Dunia" (1951) arahan B. S. Rajhans, "Anjoran Nasib" (1952) arahan B. S. Rajhans dan "Tas Tangan Wanita" (1952) arahan L. Krishnan.

Pada 1952, satu peraduan nyanyian 'Biduan Raya' yang dianjur oleh Radio Malaya. Keputusan bagi biduan, tempat pertama, P. Ramlee dengan lagu 'Pantai Gurauan'. Tempat kedua, R. Azmi dengan lagu 'Mesra Ibu'. Dan Tempat ketiga, S. M. Salim dengan lagu 'Wahai Cinta'.


aku ambik dari www.myspace.com/lagendarazmi

Dari cerita orang beliau bujang sebab tak dapat kahwin dengan pompuan idamanya sampailah beliau meninggal dunia..(Al-Fatihah)
lagu beliau pun ada jugak nih..tp harap maaf gambar videonya sedikit mcm damn..ntah mana punya pelakon yg diletak dlm nih..lagu nih diolah semula sebab yang lama audionya kurang bagus tp itulah yg buatkanya masih sedap didengar...kalu nak dengar lagu dari audio asal leh cari kat You Tube.


Pilihan mata




malam bahagia


Warning: kalo asa xbapa suka n minat 2 takyah la dengar nti sakit telinga aku tak tau..

Wednesday, April 22, 2009

exam ku berangan

Semalam start aku exam...masa ngah sedap mencincai tiba2 aku terberangan pasal design yg si bob suh buat untuk dia punyai simfoni punya cos (atas nama kawan ja aku wat)... time 2 jugak idea aku dtg mencurah curah trus aku wat sketch skit..dan balik umah ja terus aku menilustratorkan design bob smbil layan lagu new boyz(xbleh blah)...maka terhasilah beberapa design yang memerlukan rekaan yang agak skema dengan tema tepak sireh sbg subjek pilihan Bob...pikir2 balik kalau aku mntak caj kt bob ni mansyuk jgk aku ni....tapi apakan daya rezeki tak ada..(baik sngt kot aku ni..hehe)


bob simfoni punya design (preview) kritik la ye plz..


first design

ni cuma contoh design bukan final lg..klau rjin2 kritik2 yea..


Wednesday, April 15, 2009

PROJEK KOLABORASI AKUMAS



Satu projek bawah tanah usahasama antara sahabat-sahabat seluruh pelusuk malaysia yang masih di dalam perancangan..projek yang dilhamkan oleh saudara napie ini membabitkan seni komik, art and design..memerlukan sokongan dan sambutan penyertaan dari sahabat-sahabat pengkarya seni dari seluruh IPT. Sebarang pertanyaan mengenai projek ini boleh menghubungi terus saudara napie di sini.

nak tanya aku pun boleh..tapi aku tak tau apa sangat...blur lagi ni...check out!!!

Sunday, April 12, 2009

The art of devil!! (seni jugak ke?)

Art of devil atau dlm bahasa melayunya ilmu seni setan (betul ke), senang cerita ilmu santet(santau), guna2 ke, jin afrit ke dan yang sama waktu dengannya. kenapa tiba2 aku bercerita pasal ilmu ni? sebab aku berasa amat pelik kenapa di zaman yang serba moden dan canggih kononya masih ramai lagi terutamanya golongan melayu muslim yang mengamalkan ilmu ini..xcaya ke? tngk paperlah...mungkin ada yang fikir apalah kena mengenanya benda ni ngan art? mmg xda kena mengena pun tp sja jugak aku nak letak sebab mybe ni seni untuk orang yang berperangai setan kot..mcm berkarya la jugak

kenapalah sesetangah daripada golongan ini amat tidak suka akan kemajuan dan kebahagiaan yang dimiliki oleh bangsanya sendiri...mungkin kerana mereka ditinggalkan kekasih atau mungkin cinta yang tidak berbalas atau mungkin mereka ingin membuka kedai tetapi kedai mereka tidak semaju kedai mamak dan kedai ah-kaw, maka mereka melaksanakan projek untuk menjahanamkan hidup orang lain (bak kata pepatah kalau aku tak dapat sapa pun tak bleh dapat lah)...alo bro pe barang lu tekel awek pakai guna2 kalo cmtu atuk sebelah jiran gua punya mak mertua pun bleh wat lar..

kenapa golongan ini hanya mempunyai perasaan dengki terhadap bangsanya sendiri kerana tidak pernah pula aku mendengar terdapat kedai mamak mahupun kedai ah-kaw (restoren minuman gumbira) yang di santet oleh golongan ini ada ke???..



setan gondol yg sering digunakan dlm upacara meyentet

contoh sebab penyebab kepada berlakunya seni setan ini:
-jiwa kacau sebab direjek oleh awek
-awek/tunang/bini lari
-kedai tak laku mcm kedai mamak
-dendam kesumat
-sebagai hobi di masa lapang
-nak test skill
-saja nak bekawan dengan setan

kesan kepada mangsa yang terlibat:
-
angau tak sudah bgi pompuan
-jiwa kacau bagi lelaki
-muntah darah
- mengaku selalu melihat jembalang
-kesan paling parah ialah bawak mati..

perhidmatan yang selalu digunakan
:
dukun melayu- kesan tak kuat sangat setakat batuk2 n muntah darah ja
tok bomoh siam- paling kuat dan susah nak ubat silap2 bawak mati nih..


moral:
jgn kacau hidup orang..lu punya rezeki lu mkn dia punya rezeki dia mkn apa salah ka mkn sama-sama.. (baca sambil buat suara inspektor sahab)

Tuesday, April 7, 2009

Antara Aku, Pelajar dan Art

Sesetengah orang ada bertanya penting ke belajar seni ni? boleh jadi apa kalo belajar seni? seni ni senang ja kan kalo nak dibandingkan dengan benda lain..btul ke seni ni senang? seni ni tak penting pn?

bagi aku yang belajar seni kat tempat ni mmg aku tak bleh nafikan bahawa budak seni dan seni sendiri mmg dipandang rendah oleh sesetengah mahkluk yang menyangka mungkin mereka akan menjadi doktor atau peguam atau menteri atau artis setelah kuar dari tempat ni..kadang2 aku terasa seperti mahu tergelak sambil berguling-guling di atas jalan raya yang dipenuhi dengan lori balak sebab apa kebanyakanya manusia kat tempat ni terlalu hipokrit dengan diri sendiri dan orang lain jugak..apalah sangat nak dibanggakan dengan sehelai ijazah 2? boleh dibanggakan ke? mungkin boleh la di zaman sekarang ni yang memerlukan duit untuk semua perkara..termasuklah ke jamban sekalipun...

Seni ni selalu dipandang rendah ke? terus terang aku cakap aku pun sebelum melibatkan diri dalam bidang seni ni pun aku fikir beratus ratus kali bleh ke aku survive dlm bdang ni? tp bila aku dah masuk ke dunia seni ni otak aku sudah mula dapat berfungsi yang mana bagi sesiapa yang fikir seni berada di kelas yang terbawah lu orang silap la bro...lu nak bina jamban pun kena ada kelulusan seni tau skarang..lu tngk dlm tv tu pun seni tau..jadi kenapa masih banyak orang nak pertikaikan seni ni aku pun agak heran jugak la..mungkin pandangan sesetengah orang menggangap diri mereka terlebih pandai ni beranggapan bahawa seni ni utk orang yang bodoh je..btul ke? adakah aku ini bodoh? sebab aku tak tau mengira sangat tp orang yang pandai mengira tu tak reti melukis pun? adakah dia bodoh jugak sebab tak reti melukis?

seperti yang aku bagitau mmg tempat aku belajar ni dipenuhi dengan manusia-manusia yang hipokrit termasuklah tempat yang diberi nama universiti ni sendiri..mana yang universenya pn aku tak tau la..malas sebenarnya aku nak mengutuk banyak2 sangat pasal tempat ni bukan takut disaman atau dibuang tp sebab takdak duit nak bayar saman ..jadi aku berbalik semula ke topik yang asal seni dan arah tujunya..bukan seni hiburan ye kawan2...sememangnya rakyat malaysia tak tau menghargai seni!!! betul ke? mcm tak betul ja..kalo tak betul jgn la terasa ye tp mengikut apa yang aku lihat mmg betul pn tp mungkin ada sedikit peningkatan la dari thn2 lpas sbb mak bapak aku dah boleh terima aku blaja seni...kalo dulu soalan yang selalu ditanya bila aku cakap aku tengah melukis ialah 'hang p belajar ka hang p melukis ni??'...puas aku nak kasi tau diorang balik aku tengah belaja..

mmg tidak aku nafikan reti melukis kartun ni kadang2 ada jugak kelebihannya terutama bila ramai awek yang suka dengan kartun kita (kartun kita ja bukan kita pun)..hahaha. tp yang melemahkan semangat aku bila nak berkarya semua yang nak free ja (kalo cmtu tauke B**I pn bankrap..sbb diorang ckap melukis kartun ni senang je..senang ke??? cmtu lukis sendiri la lagi senang tak payah aku nak susah2..mybe la satu hari nti masyarakat akan faham yang art ni tak la seteruk yang disangka..kena yakin kot..

aduh!!! kenapa plak blog aku bleh jadi mcm diari plak ni bukan aku nak cita pasal art ke kat sni yang aku meraban ni apa pasat..(anggaplah aku sedang bermonolong dengan diri aku sendiri ye)...sekian

Seni yg tak hilang ditelan zaman

koleksi bapak gua ni layan ja lah..
(jgn terkezut kalo gua ckap gua suka karaoke lagu nih..hehe)

Sunday, April 5, 2009

JALAN dan BERJALAN JALAN

selamat berbahagia pada yang tak berapa nak bahagia 2 semoga bahagia2 slalu lah yea..hampir semalaman aku memikir dan mencari apa yang aku nak sumbat lagi dalam blog ni..aku pun berjalan-jalanlah di sekitar ruang maya ni dengan harapan dapat mencari sedikit sebanyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan masakan ..fokus utama aku cuma kartun dan komik malaysia shj, tetapi alangkah malangnya..smua yang keluar kebanyakanya komik dan kartun semuanya dari indonesia. Timbulah dalam benak fikiran aku ni adakah masyarakat indon lebih menghargai seni dari masyarakat malaysia sendiri? adakah rakyat indon kebanyakanya suka membaca dan menelaah buku komik..pelbagai persoalan muncul dalam kepala hotak aku ni..mmg tidak aku nafikan sememangnya industri kartun dan komik Malaysia dilihat telah banyak berubah dengan kemunculan pelbagai jenis skill dan stail lukisan komik yang sememangnya mencabar minda aku yang tak berapa reti melukis komik ini...tapi???

aku pun teruskan perjalanan aku di ruang maya komik indon tersebut dan aku terjumpa sebuah laman yang memaparkan 100% mengenai komik dan kartun Indonesia cthnya indo comic,
Planet comic dll..tujuan aku bukan nak promote web komik indon ni cuma alangkah bagusnya kalau kita mempunyai laman sendiri khas untuk mempromosikan komik dan kartun di Malaysia..


Tidak aku nafikan memang ada laman2 yang sebegitu cthnya Pekomik dan adalah beberapa buah blog kartunis tempatan yang mempromote hasil karya meraka, itu sahaja yang aku lihat..aku rasa itu semua masih belum cukup untuk menaikan industri tersebut kerana apa yang aku lihat sekarang komik dan kartun malaysia masih berada di tahap yang tidak berapa nak
membanggakan sangat. Sekiranya ada yang tidak puas hati dengan luahan hati aku, aku nak bagitau itu hanyalah pendapat aku sahaja sebab aku melihat dari kacamata seorang peminat komik malaysia..dulu ada jugak aku follow majalah komik yang agak popular di malaysia skarang ni tapi laman kelamaan aku hilang minat nak ikut n nak beli kerana kebanyakan pelukis baru yang menghasilkan karya di situ terlampau terikut dan terpengaruh dengan stail manga jepang punya 2..manalah identiti malaysianya kat situ? kalo macam 2 baik aku beli komik manga yang betul punya terus..tp aku tak beli sebab aku tak minat baca komik manga mkn buah mangga suka la.


Baru beli semalam ( isu 245 terlepas sbb duit xdak)


Sehingga ke hari ini hanya sebuah majalah kartun yang masih tetap aku ikut pekembanganya hanyalah Apo? sebab kebanyakan kartunisnya mempunyai stail dan identiti yang mengambarkan wajah malaysia yang tersendiri. Walaupun aku boleh agak kebanyakan daripada peminat majalah tersebut dimonopoli oleh golongan melayu tapi aku boleh lihat kat situ kartunis kt situ sedang cuba untuk menaikan industri kartun kat malaysia ni..bukanlah aku nak memuji Apo? tu cuma sekadar memberi pandangan yang tak berapa bernas ni. Walaupun aku tau Apo? dan tak sekaw seperti dulu tapi aku masih tetap beli..mungkin aku masih menanti dan menunggu satu perubahan yang besar dalam industri komik dan kartun kat malaysia ni yang
mana setiap masyarakat malaysia tak kiralah nenek, atuk, cucu, mak dan bapak boleh bersama-sama minum kopi dan makan cucuq pisang sambil membaca komik n kartun neh.


komik budak bodoh


aku teruskan lagi perjalanan aku sehinggakan aku terserempak dengan sebuah komik indon yang bertitle 'Kambing Jantan kisah mengenai pelajar bodoh'. mungkin kambing disamakan dengan pelajar tersebut sebab itulah tajuknya sebegitu walaupun sememangya semua orang tau kambing tidak pernah bersekolah, cuma mungkin hanya sebilangan kmbing spt kambingman shj yang berjaya menamatkan zaman persekolahanya sebelum masuk wat tumpoi..

aku sebenarnya dari kecik sudah disuap dengan majalah-majalah hasil karya kartunis tmpatan mungkin sebb 2 jugak aku kurang mentelaah komik dan kartun dari luar ni (tipu ada la satu dulu Doraemon tora aman)...dan aku juga agak jahil dengan karya2 dari luar ni..bagi aku komik luar sememangnya sudah mencapai target yg mereka kehendaki cth komik marvel n jepun mali. bersepah-sepah komik diorang di kedai2 buku mahupun di kedai gunting rambut sekalipun. Bukanya aku anti sangat pun dengan komik luar ni cuma aku masih menunggu sebuah komik atau majalah atau kartun dari negara bertuah ni yang betul2 dapat mengubat kerinduan hati aku ini terhadap industri komik n kartun malaysia..akhirnya aku hentikan perjalanan aku akibat kebosanan yang terlampau sambil melelapkan mata..sekian

Friday, April 3, 2009

Project the *** label..Mana kebebasan aku berkarya?

tragedi ni jadi bulan lepas yang mana seorang member telah memperkenalkan sorg budak yang baru habis sekolah kat aku.. beliau ngah mencari designer untuk projek t-shirtnya yang diberi nama the *** label..dengan semangat kesukanan beliau telah berjaya meyakinkan aku untk berkejasama dgn beliau untuk menghasilkan design t-shirt bagi projeknya tersebut.. pada fikiran aku yang agak waras ketika itu mungkin projek ni dpt menambahkan duit poket aku yang serba kekeringan ini dan lagi pula aku tidak perlu mengeluarkan modal kerana beliau merupakan anak tauke..dengan semangat berpuak-puak aku terus mendesign mengikut apa yang beliau terangkan dan setrusnya meminta pendapat daripada beliau mengenai design tersebut ..namun beliau kurang berpuas hati disebabkan aku telah mengubah sedikit sebanyak nama lebel projek tersebut..dengan bongkak dan angkuhnya beliau mahu aku mendesign rekaan mengikut rekaan t-shirt yang sedang femes skang..(mau tiru ka)..maunya kena saman aku nti sbb tiru orang..

beliau juga mahu aku tambahkan lagi corak dalam rekaan tersebut..pada mulanya aku cuma mengikut dengan beranggapan projek ini akan berjaya..setelah aku menunjukan rekaan aku yang seterusnya beliau sekali lagi tidak berpuas hati dan mahu aku bermain dengan warna (apa dia ckp aku pn xphm, sememangnya beliau buta seni kerana tidak pernah mengambil subjek seni di zaman sekolahnya)..beliau juga dengan bangganya mahu membandingkan designya dengan design aku yang tah hapa2. (beliau baru nk start design n baru tengah cari software illustrator ngan photoshop cs4 katanya)..mybe disebabkan aku hanya menggunakan software dari zaman kuno (photoshop n illustrator 7.0 versi education budak sekolah punya ) maka rekaan aku disamakan dengan sampah agaknya..
the tuut design shirt

namun aku akhirnya tersedar bahawa beliau sebenarnya seorang remaja yang mempunyai bapak yg banyak duit dan sedang cuba mencari identiti sendiri..(jiwa remaja kot)..habis kredit n masa aku kerana melayan seorang bdk pompuan yang belum cukup umor..arghhhh