Friday, July 23, 2010

Saluran-saluran tiub Serebelum yang bermonolog..

Memang ada manusia yang rasa macam dah lama bertapak atas muka bumi ni, tapi kenyataanya, semuanya satu permulaan sebuah kehidupan yang rupanya kelihatan ‘macam’ agak baru. Mungkin orang lain anggap ‘tak berguna’ tapi tak kisahlah sebab hidup ni bukan berlandaskan belas ikhsan orang lain.

Si pengemis dan orang yang dilabelkan ‘Gila’ pun ada maruahnya sendiri. Sekurang-kuranya mereka hanya ‘Gila’ dalam dunia mereka sendiri daripada ‘Gila’ dalam dunia nyata yang kebanyakan manusia-manusia penghuninya menjadi tak terkawal dek kegilaanya pada dunia.


Pernah jugak bertanyakan ‘Hati’ pasal persoalan-persoalan yang semakin makan jiwa tapi Hati hanya jawab ‘Hati-Hati. Jadi kesimpulanya Hati-hatilah, takkan masih nak hidup seperti orang yang kelihatan ‘jiwa sakit’ yang tak tahu mana arah tujuan hidup. Walaupun sudah agak lama sindrom kealpaan dan kelayuan ni merayau-rayau dalam otak sekurang-kurangnya jadilah seperti mana yang telah dijadikan itu.

Ikutlah arus yang selalunya dan sememanya memaksa manusia untuk ikut dan terkadang dipaksa mengganguk.Memanglah Kadang-kadang yang dibawah terpaksa mengikut arus yang diatas. Sudah namanya pun yang dibawah jadi bawahlah. Sampai bila nak jadi pengikut dan mengikut jawabnya sampai bila-bilalah. Mulut memang boleh bercakap dan kepala selalunya menggeleng tapi pelakuan tetap sama sebagai pengangguk.


Memo: HATI…hati-hati.

promote lagi....

lagi satu contest promote untuk korang...siapa yang rasa kreatif tahap gaban dan ada blog yang sememangnya berilmiah (bukan yang mengarut-ngarut) bleh masuk contest ni...rebat hadiah2 yang dorang bagi jgn bagi can kat student upseh tu....chayokkk!!!!

dateline last 25 Julai 2010. ..sebelum 12 tngah mlm...(aku lambat promote)

Wednesday, July 21, 2010

Promote

Dari balai seni lukis, siapa yang rasa berbakat dan mempunyai idea melimpah-limpah dalam kepala otak serta berangan-angan dan cari duit poket bolehla join contest ni..hadiahnya pun sedap mata memandang..aku rasa macam nk join tapi idea sudah tidak ada lagi dalam kepala ini dan tangan aku sudah keras. (alasan yg agak bodoh di situ)

www.artgallery.gov.my
http://www.artgallery.gov.my/web/guest/pertandingan bakat seni
www.karangkraf.com

Wednesday, July 14, 2010

Gelombang Otak nafsu melancholic


Otak alpa bila rebut taufan melanda…Otak bergembira diatas semua bencana yang tiba…nasfu kian membakar diri manusia membuatkan hati menangis pada hakikatnya bergembira…si cinta pencinta kian menguasai hati pada dunia yang lamanya menangis kerana otak manusia….lama-lamanya hati jadi kecewa akhirnya lemas di mamah si Otak nafsu sang dunia….


(kebenaran dan kebatilan ada pada diri sendiri)

Memo: tak ada kena mengena dengan politik semasa mahupun RMK10….


Tuesday, July 13, 2010

Dan Buta Hatiku dicanai si Nyonya Mansor…

Kerana si nyonya mansor aku
diam tanpa bicara….
Kerana si nyonya mansor aku
sabar walau ada batasnya…
Kerana si nyonya mansor aku
hilang hormatnya pada orang tua…
Kerana si nyonya mansor aku
takut pada suatu yang tak pasti…
Kerana si nyonya mansor
tepeterai janji-janji takaku peduli…
Kerana si nyonya mansor aku
berlari-lari menyembunyikan diri…
Kerana si nyonya mansor aku
terkena tempiasnya basahan sang hujan…
Kerana si nyonya mansor aku
ibarat si kassim yang tercari-cari arah tujuanya…
kerana si nyonya mansor aku jadi sipemakan asap..
Kerana si nyonya mansor
hatiku separuh buta ditikam garpu si nyonya mansor…

Memo: dah jadi org terbuang macam drama melayu...