Wednesday, August 18, 2010

Tribute to 'Malaya' : part 1

Tanah Melayu map

Salam ramadhan...aku juga nak ucapkan selamat berpuasa pada semua pelawat yang masih sudi menjenguk blog buruk aku nih. Sempena bulan menyembut kemerdekaan yang ke 53, aku nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai pasal 'Tanah Melayu' yang sememangnya membuatkan aku bangga menjadi salah seorang daripada penghuni 'tanah Melayu'. Tapi aku masih terasa kurang bangga menjadi penghuni negara Malaysia. Nak tau kenapa? sebab orang Malaysia terutamanya golongan muda remaja terlalu teruk perangainya. Gejala sosial menjadi-jadi dan perkara itulah yang dibangga-banggakan mereka.

Aku taknak cerita panjang pasal masalah sosial, cuma nak berkongsi pasal salah satu daripada pejuang negara yang kurang dibukukan dan diceritakan dalam buku-buku sejarah Malaysia terutamanya.Tapi aku tau walaupun aku tulis benda ni panjang-panjang tak ramai golongan 'melayu' yang suka membaca benda-benda camni terutamanya yang menceritakan pasal sejarah 'Malaya.


pernah korang dengar pasal Malaysia killer elite? ni bukan cerita pasal pembunuh upahan tapi tentera komando orang asli yang diberi nama The Senoi praaq. Kumpulan perjuang ini yang terdiri daripada kumpulan orang asli ini memang pakar dalam mengesan dan memburu komunis (PKM) sebelum dan selepas kemerdekaan.Kumpulan ni ditubuhkan pada sekitar tahun 1957 ketika Malaya sudah dekat pada tarikh kemerdekaan.

Nak tau sebab apa? sebab ketika tu British terdesak nak tubuhkan pasukan yang dapat membantu kerjaan baru jaga keamanan dari pengaruh Komunis ketika tu. Pegawai mat salleh yang diberi nama Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,yang merupakan pemerintah Malaya ketika itu pasal penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bawah Jabatan Orang Asli. Ketika penghujung tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Pada mulanya orang asli yang menanggotai kumpulan ni terdiri dari orang asli yang ditangkap kerana menanggotai komunis dalam operasi yang di beri nama operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP). Mereka yang ditagkap ni kemudianya diserap kedalam pasukan Senoi Praaq. Mulanya pasukan elite ni terdiri daripada 2unit utama yang mana ada 10 orang dalam setiap unit. Selepas itu bertambahlah ahli dalam pasukan ni yang mana mempunyai 2 skuad yang terdiri daripada 80 orang ahli.

Kalau nak tau pasukan Senoi Praaq ni menjadi salah satu pasukan yang paling ditakuti skuad komunis masa tu. Skil berburu yang ada pada orang asli dalam pasukan memberi kelebihan pada mereka untuk menewaskan musuh. Sebab tu juga ketika awal kemasukan pengaruh komunis mereka mempengarui orang asli untuk masuk dalam pasukan mereka.

Kalau nak tau pasukan orang asli ni mempunyai banyak kelebihan dari segi bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat dalam jalankan operasi. Kalau ada yang pernah tengok cerita lembing dan layang yang pernah ditanyangkan kat astro, cerita tu memang berdasarkan kisah Senoi Praaq..tp cerita tu kurang feel lah sebab pelakon utama dia bukan orang asli.


Preview lembing dan layang

setakat tu ja lah tribute aku kali ni..kalau ada yang minat bacalah kalau tak minat ikut suka koranglah nak minat pa pun..

nak tau diorang ni lah legend: Antara anggota terawal Pasukan Senoi Praaq yang masih hidup.
Sumber: gambar pelik


" They then served as mercenaries employed by the United States Central Intelligence Agency in Vietnam and later fought on Borneo during Malaysia's own undeclared war with Indonesia "

sumber: Death Waits in The Dark,The Senoi Praaq:Malaysia's Killer Elite,Roy davis Linville Jumper,
http://senoipraaq.com/


memo: love malaya

Tuesday, August 17, 2010

Butterartstudio not intend to berate or insult anyone please sorry..

Salam ramadhan....di kesempatan ini butterartstudio ingin memohon maaf diatas kekasaran bahasa yang digunakan di dalam blog ini. Bagi pengetahuan pelawat blog ini menggunakan hampir sepenuhnya bahasa pasar yang mungkin sesetengahnya menguris atau menimbulkan salah faham. Butterartstudio juga tidak berniat menimbulkan provokasi atau sebarang niat jahat. Blog ini hanya berkongsi sepenuhnya perihal seni dalam kehidupan masyarakat dan juga diri penulis sendri.

Terdapat juga diantara sesetengah maklumat yang terdapat dalam blog ini diambil dari individu tertentu tanpa izin dan dengan izin. Penulis telah menyatakan sumber dari maklumat tersebut diambil. Pelawat diminta mengunakan budi bicara sendiri bagi menilai blog ini. Blog ini juga bukan blog yang bersunsurkan ilmiah tetapi hanya perkongsian maklumat sahaja...diharap segala kesilapan dan salah faham dapat dimaafkan.

Harap maklum.
butterartsudio
(faizalbutter@yahoo.com.my)

Sunday, August 8, 2010

life is full of question....????.

tempat ni bukan tempat luahan perasaan hati aku mahupun tempat aku melampiaskan kekecewaan dalam hidup...cuma sebagai tempat perkongsian idea-idea yang semakin membeku dalam kepala otak aku nih,,,kebekuan yang entah bila akan mencair aku pun tak pasti...walaupun aku sudah ada jalan hidup aku sendiri tapi aku tak rasa gembira dengan apa yang aku lakukan...aku hipokrik dan membohongi diri aku sendiri dengan apa yang aku lakukan....aku tipu diri sendiri...
aku kecewa dengan dunia aku juga kecewa dengan manusia....mungkin aku kecewa dengan manusia yang membuatkan aku kecewa...terasa keloseran yang telah aku tinggalkan bertahun-tahun di sekolah kembali bercambah dalam sarung sereblum otak aku..

aku tak tahu apa yang aku cari dalam hidup ini....perempuan? aku sudah serik dengan perempuan tp tak bermakna aku gay mahupun hemoseks...aku masih suka pada perempuan tp.....phobia agaknya.....aku tau sememangya aku seorang manusia yang lalai....bukan nak mengaibkan diri sendiri tapi sekadar mengingatkan diri sendiri yang semakin hari semakin lupa tanggungjawab sebagai seorang manusia yang tetap dinamakan hamba.

aku tenggok gelagat manusia semuanya ada cara dan kehidupan masing2....aku masih mencari kehidupan aku....aku cari kehidupan aku makna hidup aku, tanggungjawab aku....hati aku...

memo: aku semakin tua semakin nyanyuk....




gua layan nih...syook Ooo...

Tuesday, August 3, 2010

Apabila tempurung otak ranap dikunyah dek menteri Pasola…


Sememangnya telah dijadikan yang Maha Esa, manusia berbeza tingkahnya dengan yang dipanggil haiwan. Memanglah manusia tidak sama dengan binatang sebab manusia diberikan akal fikiran yang semoleknya dijadikan akal fikiran yang waras. Sedangkan binatang hanya diberikan otak tanpa akal fikiran.

betullah budak tadika pun tau…

Jadi betullah manusia tak sama dengan binatang?? Terkadang otak bertanya pada hati. Moleklah hati tak mengeluarkan sepatah bahasa sebab kalau tak caci maki yang dijawabnya.
Jadi kenapa nak salahkan binatang atas kesalahan yang manusia lakukan..?? tapi tu kan cakap orang tua-tua manusia yang ‘berperangai seperti binatang’ tapi otak tengak elok ja beruk, singa, gajah, mahupun dubuk sekalipun berkasih sayang.

Tapi manusia pun berkasih sayang juga kan?
Memanglah hari-hari pun manusia berkasih sayang…terkadang yang tiada kasih dan sayang pun dipanggil kasih sayang…yang dibakar dan dibuang tu pun tanda kasih sayanglah tu..

Seorang beliau tak sependapat ..’manusia masih berperikemanusiaan!!’ mungkin saluran kekecewaan yg melanda seorang beliau tersebut. Beliau berhujah takkan nak samakan manusia dengan binatang..agak tidak molek dikatakan begitukan. Tapi betul juga cakap seorang beliau itu, mungkin beliau bercakap berdasarkan suara hatinya yang penuh kasih sayang…maklumlah kasih sayang beliau tak berpenghujung.

Otak bertanya pada seorang beliau ‘ada tak manusia yang tak ada kasih sayang’dengan muka agak berkerut dan kelihatan agak tak senang duduk seorang beliau menjawab mungkin orang yahudi tak sayang kat orang lain. Tapi otak cakap yahudi pun sayang kat orang-orang yang mereka sayang la.betul jugak kan cakap otak..tapi kenapa mereka bunuh orang yang mereka tak sayang?….tanya otak lagi.

Dengan riak muka yang kelihatanya agak muram durjana…sambil menitiskan air mata dan sisa-sisa hingus yang sedia ada, sorang aku menjawab ‘mereka yang tak yahudi pun bunuh orang yang mereka tak sayang; sedangkan pada hakikatnya mereka sayang pada orang yang mereka tak sayang itu’…….dengan penuh tanda tanya sambil mrngaru-garu tempurung kepala, Otak memberi arahan pada badan menghabiskan sisa-sisa meggi yang ada….. rezeki katanya……????

Memo: takda sangkut paut dengan kes anuar dan sepon…