Sunday, March 11, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Best site for guitar lesson

salam...agak lama juga aku tak bermonolog kat sini..maybe disebabkan faktor-faktor kesibukan dan kesihatahn yang agak kurang baik..post kali ni aku nak berkongsi pasal diantara site dan video tutorial lesson bagi yang berminat dan suka kepada music terutamanya gitar. diantara website yang selalu aku lawat bagi mendapatkan kord2 lagu klasikal dan juga lagu melayu lain dan tidak bukan Malayolga bagi aku side memang agak complete dengan lagu-lagu melayu yang top baru mahupun lama.


Bagi lesson guitar tutorial juga salah satu site yang aku rasa memang bagus sekali yang mana sound effectnya memang bagi aku cukup complete...sitenya dari malay sendri Goreng sampai hangit bersama Bean (GSHBB).(klik utk masuk) kat sini bagi beginner yang baru dan berminat bermain gitar korang bolah dapatkan tips2 berkenan gitar cari note atau tab gitar..


aku agak suka site dan tutorial dari mr Bean sebab complete dan tab, chord siap dengan background music skali.Bagi aku yg masih ammatur walaupun dah berkurun-kurun belajar bermain gitar tetapi masih tidak pandai-pandai..rasanya byheart aku tak berapa nak berfungsi sangat..sebab aku susah nak menghafal note kord lagu..

kat bawah ni aku letak sekali video tutorial beliau korang boleh tengk kat utube..yang ni tutorial lebih kepada cara nak plucking dan ada sedikit solo untuk aku hanya serangga..i like this song u know.. choww!!




Wednesday, December 28, 2011

monolog with sound







adakalanya perasaan hati boleh juga diluahkan melalui lagu..marah,sedih,gembira..apa juga..
berpeluh jgk ketika meluahkan perasaan ini..kalau tak silap aku lgu asalnya dri crita korea tp tak taulah aku crita apa..bwh ni kordnya..


Intro:
Am Em F C Dm E or E7 Am (2x)

Verse 1
Am Em F C Dm E or E7 Am
Verse 2
Am Em F C Dm E or E7 Am

Chorus
Dm G C Am A# C F
Dm G C Am A# Gm A7
A# C F
A# A7 Dm

Solo:
Same as intro but play only once

Verse 1 and Verse 2 again

Chorus

A# A7 Dm

memo: for someone thanks 4 everything..selamat pengantin baru...aku doakan anda berbahagia sehingga akhir nafas.

Give Me Some Sunshine



Kehilangan sesuatu bukan bermakna penamat buat segala-galanya, bangun.. kesat tangisan itu, cahaya sentiasa ada menanti kita...




inspirational song

memo: kita cari balik semangat kita okeh..

Monday, December 26, 2011

tentang kita character: our friends


lama rasanya dah tak dengar cerita pasal budak-budak ni. rindu aku dengan perangai gila hampa semua. apa-apa pun all the best guys..

Friday, November 25, 2011

Tentang kita: Prologue


always miss u dad..Al-fatihah





for our tears...

Wednesday, November 2, 2011

my first comics

sebenarnya dah lama aku fikir pasal benda ni..last aku lukis komik mybe masa darjah 6 kot aku pun tak ingat..ni merupakan first komik yang aku buat untuk proposal aku untuk sebuah komik online, kalau ada rezeki lah kalau takda aku pun tak kisah sangat. lama jugak aku cari idea untuk komik ni cari punya cari sampailah aku jumpa dan kasi nama komik ni 'tentang kita'...jadi layan kan lah sample ni dulu..mybe kalau ada rezeki ada la sambungannya kalau takda ikot lah pada mood aku..



memo: tentang kita2 lah...

Sunday, October 9, 2011

saat mata dan hati Meraung.

agak lama jugak aku mengosongkan tempat ni..entah ada lagi tidak orang masuk tempat ni..entah mengapa tiba-tiba rasa teringin benar aku coretkan sepatah dua kata di sini..dok tekebil-kebil mata mencari sesaat lelap setelah have a bad dream about my past dan terpandang pulak gambar yang tidak sepatutnya aku pandang..meraung jugak seketika kala mata dan hati terpandang..mungkin rindu, hati dah diingatkan tapi nyata kerinduan itu memaksa jari mencari dan berlakulah lagak ngeri antara mata dan hati saat ini...diinringi dengan nada-nada sayu melodi meraung membuatkan mata dan hati betul-betul meraung...sekotak lagi nikotin bakal menjadi peneman...demn....

nasib baiklah najib memahami hati ini dan tidak menakkan nikotin sesuka hati beliau..kalau tak lagi kuatlah poket aku ni merauang..ntah apa yg aku taipkan di sini..maybe ketagihan nikotin yg melampau ini juga menyebabkan mak gua sendri menyatakan yang gua ini sudah tidak waras..,masakan orang tidak waras boleh menulias kan..jadi masih waras rasanya sereblum-sereblum sisi otak ini..

Setelah agak lama mengodek-godek mencari lelap ntah macam mana terwujud art yang kat bawah ini..yang semestinya kewujudanya bukanlah di bawah pengaruh nikotin atau yang seangkatan dengannya....




note: i dreamed of the word 'cinta tak harus miliki'

Saturday, August 27, 2011

selamat hari raya...selamat hari bahagia



maafkan salah dan silap diri ini....maaf..

Sunday, August 21, 2011

unreleased bear?



.......lost for words..







Wednesday, June 29, 2011

Art atas jalan yang agak pergh!!!!

kat sini ada beberapa contoh karya art atas jalan yang sememangnya dah lama diterapkan kat atas-atas jalan negara eropah sana..mungkin karya atas jalan ni merupakan salah satu cara diorang menghargai karya-karya seni yang dihasilkan oleh pelukis.










sumber kat sini

memo: kalau kat sini pun macam ni kan best...mungkin agak tebeliak mata-mata mereka yang memandang...

Thursday, June 23, 2011

Seni kematian!!


ish...hang ni apa cakap pasal mati ni dah buang tebiat ker?
ala muda lagi watpa nak fikir pasal mati?

ayat-ayat diatas merupakan diantara alasan yang aku terima dari kawan-kawan kalau aku bersembang perihal mati...dan ada yang diam seribu bahasa..memang kebanyakan dari kita terlalu takut untuk berbicara bersembang perihal kematian kan? cuba bagitau berapa kerap topik dalam sembang-sembang anda seharian memperkatakan tentang mati.. setahu aku selalunya apabila ada kemalangan yang melibatkan kematian adalah sedikit yang tersembang perihal mati ni kan.

meh sini aku nak cerita pasal seorang sahabat yang namanya lebih kurang macam aku jugak. beliau yang sejak dari keciknya lagi takut sangat perihal kematian. Mungkin ketakutan beliau salah satu sebabnya selalu di momokan dengan cerita-cerita tahyul di kaca tv. Ketakutan akan kematian terus menerus sehingga si sahabat tersebut dewasa..dalam fikiran beliau tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga ataupun beliau sendiri yang akan didatangi malaikat maut?....

Kejahilan beliau akan seni kematian terus bersarang di dalam hati...bagaimana ketakutan akan kesedihan, kehilangan terus menerus sehingga tak terbayang lagi. Sesekali beliau terfikir bagaimana sekiranya beliau kehilangan ibu bapanya...? stop!!!! cukup setakat itu beliau sudah tidak mahu membayangkan perihal tersebut.

Beliau tidak sedar yang kematian itu merupakan salah satu janji Allah yang pasti..sehebat mana, secantik dan sekuat manapun manusia tersebut...pastinya datang suatu hari yang akan menjadi titik pengakhiran bagi suatu permulaan iaitu kematian...

berbalik kepada sahabat aku tadi....ketakutan demi ketakutan akan kematian akhirnya datang juga menjengah hati dan jiwa sahabat ini...kehilangan salah seorang manusia yang pernah membersarkanya dari kecil hinggalah dewasa membuatkannya sedar bahawa janji Allah itu tetap pasti...tidak guna melahirkan dari ke sebalik gunung sekalipun...sekiranya sudah tertulis maka jadilah..

ketakutan yang hanya sekadar ketakutan tanpa sebarang tindakan memperbaiki diri merupakan salah satu perkara yang sia-sia..pernah terlihat melalui pembacaan yang mana salah satu perkara yang dapat membendung kita dari melakukan dosa ialah...ingat kematian..yup...aku yang menulis ini pun masih tak terbayang bagaimana keadaanya di alam sana..sedangkan diri masih jahil dan selalu lalai..melaksanakan suruhaNYA..

semoga ilmu tentang kematian yang dicari oleh sahabat ini menjadi suatu pemulaan kepada hidupnya mencari suatu pengakhiran atau Husnul khatimah yang diharap-harapkan...insyaallah...


memo: semoga kita dijauhi dengan su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk)

more art more work>>


memory
of mural painting...mural terbesar pertama aku n kawan-kawan.. special thanks pada mr berd (aka.mr azmi) my partner siapkan painting nih..for cikgu muzi tingkiu bebanyak.for mr lal (ada copy idea ckit2)...segala rasa aku luahkan pada mural nih walaupun karya janji siap tapi kepuasan tu tetap ada..

Monday, June 20, 2011

Hidup dalam jiwa dalam hati dalam nafas....


Salam rahmat buat seluruh umat rasulullah saw....semoga Allah melindungi seluruh umat islam yang patuh dan teguh dengan imanya.Baik untuk kali ini kita lupakan sebentar perihal duniawi mencari harta, wanita... Penulisan kali ni bukanlah kata-kata madah dari si manusia kecewa dengan kehidupanya atau si polan yang sudah lelah dengan setiap hembusan nafas dari bumi Allah ini tapi angaplah satu perkongsian yang selalu aku alaskan di dalam blog alam maya ini.

Sebelum aku memulakan sedikit perkongsian cuba kita sama-sama berfikir akan kehidupan kita kehidupan aku dan kamu juga bertapa karatnya hati kita yang dipenuhi pelabagai penyakit Al-wahan!! apa itu penyakit Al-wahan? pada yang tak tau cuba baca dan fikir salah satu dari pada beribu hadis rasulullah ini

disabdakan oleh Nabi Muhammad S.AW

“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)


tengoklah betapa cintanya kita pada dunia? pada harta? pada wanita begitu juga sebaliknya.....sehingga kita sering lalai lupa pada kehendak hakiki kita..lupa pada janji-janji kita pada yang maha Esa.

Sampai bila agaknya kealpaan itu akan terus membelengu kita...agaknya sehingga datangnya sesak-sesak nafas terakhir baru kita akan sedar bertapa alpanya kita tentang apa yang sebenarnya fungsi sebenar kejadian hidup manusia..mungkin aku sendiri gagal menerangkan secara sepenuhnya apa yang aku kemukakan ini kerana banyak lagi rahsia tersirat dan tersurat yang perlu dicari dan diterokai..

Sedar atau tidak secara tersirat kita sememangya keseorangan menjalani hidup di muka bumi ini walaupun di sekeliling kita ada keluarga ada kawan-kawan ada anak isteri namun terkadang kita terlupa saat pertama kali melihat langit Allah ini kita keseoraangan kan...kita juga bakal keseorangan dikala di penghujung nafas ini. Anggaplah penulisan ini aku madahkan hanya untuk memperingati diri sendiri akan betapa sering lalainya dalam menghadapi dugaan hidup di dunia Allah ini..seandainya sudi memandang dan mengeja satu persatu penulisan ini mungkin boleh menjadi satu peringatan kepada kamu juga..insyaallah.




Monday, April 18, 2011

Saturday, April 9, 2011

di mana pengakhiranya?


Salam rahmat buat sekalian makhluk yang masih sudi menapak di blog buruk aku ni..rasa sudah lama aku tinggalkan dunia blog yang bermacam ragam ni..2011 merupakan antara tahun yang agak sukar dan perit bagi aku meneruskan sisa-sisa langkah kehidupan yang ternyata tak seperti kita manusia rancangkan..memang agak sukar bila berseorangan merangkak, mengesot, bertaut pada kaki sendiri tanpa sebarang pautan yang rasanya boleh membantu kaki ini terus melangkah.

Mungkin satu rahmat disebalik sesuatu kejadian yang telah takdir tetapkan..aku lebih mengerti apa yang dinamakan kehidupan, aku lebih mengerti apa yang dinamakan kasih sayang, aku lebih mengerti apa yang dinamakan tanggungjawab, dan aku juga tenyata lebih mengerti akan pengertian menjadi seorang aku..kepada yang sudi mengeja satu persatu ayat dari seorang hamba ilahi ini anggaplah ianya sebagai satu perkongsian, nasihat, luahan dari seorang manusia kepada manusia lainya.... bukannya menagih sebarang simpati atau luahan perasaan manusia yang ketagihan kasih sayang cuma anggaplah sekadar perkongsian.

Suatu ketika pernah aku merasa aku adalah salah seorang manusia yang paling beruntung di atas muka bumi Allah ini..aku ada semuanya, keluarga, orang yang pernah menyanyangi dan disayangi, kawan-kawan... ada semuanya...tapi bila satu persatu ujian diberikan aku mulai lemah, longlai,.terasa hilang arah kaki ini melangkah bila orang-orang yang aku sayang jauh pergi dari aku...dan ada yang telah pergi dan tak akan kembali..Semua itu buatkan aku berfikir akan permulaan dan pengakhiranya pada seorang yang bernama aku..semuanya bermula pada satu pertama diri ini menghirup udara dari langit ilahi ini....saat diri ini masih kaku akan apa itu ertinya kehidupan, saat diri masih merengek mengharapkan simpati dan kasih sayang...

tapi kini bila saat pemulaan dan pengakhiran semakin bertemu...baru langkah dari hati ini sedar yang kehidupan ini bukanlah sekadar kehidupan...yang kehidupan ini satu anugerah yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin kerana bila berakhirnya kehidupan itu tandanya bermulanya satu permulaan yang tiada pengakhiran..


memo: dan hati ini sukar menerima hakikat sebenar...

Tuesday, January 18, 2011

Art for Aids2: meh vote ramai-ramai


Seni untuk Aids telah dianjurkan buat kali keduanya baru-baru ini. Tapi pernyertaan hanya yang melibatkan artwork yang berbentuk photography sahaja. Pemilihan telah dibuat dan hanya 10 foto yang telah dipilih juri. Pihak juri memerlukan undian bagi memilih pemenang petandingan kali ini. Jadi apa lagi kepada peminat-peminat art meh undi ramai2..support art!!!

nak vote masuk sini Art For Aids 2


Sunday, January 9, 2011

Apa pulak tu Haikal Sulaiman???

Salam buat semua... kenapa banyak sangat tanda tanya dalam tajuk entry aku ni? sebab aku kekurangan ilmu rasanya. Baik berbalik kepada persoalan, kali ni aku nak berkongsi sedikit info perihal keadaan yang sedang belaku kepada dunia kita ni, ,terutamanya dunia Islam. Korang nak baca atau tak ikut suka lah, aku tau ramai yang suka baca bab gosip artis-artis je kan. Kalau bab ilmu-ilmu ni sekali pandang je kan. Bukan nak cakap la aku pun camtu jugak terkadang..

Entry kali ni lari sikit dari dunia Art dan bukan setakat ilmu sejarah atau mitos atau cerita kosong saja tapi lebih kepada isu dunia Islam. Korang tau ke Al-Aqsa sedang dalam proses kehacuran?

akak salmah ponen: eh yeke? akak tak pasti la dik, kalau bab juara berlagu tu akak tau lah...akak sokong m.daud kilau je...
(dialog ni takda kena mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia)

Rasanya semua sudah tau yang Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Jadi apasal zionis pulak sibuk sangat nak rebut Al-Aqsa tu siap nak robohkan lagi? sebab menurut catatan sejarah (aku tau korang tak minat sejarah kan) tapak Al-Aqsa merupakan bekas peninggalan Haikal Sulaiman aka The SOlomon temple (wikipedia: sini) yang dipercayai didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s kira-kira 960 SM. Tapi kemudianya kuil itu dimusnahkan oleh bangsa Babylon setelah diorang berjaya kusai Juruseleem...tak berapa lama lepas tu tentera Parsi pulak berjaya kuasai Jurusalem dan mereka telah mendirikan semula Kuil tersebut. Sekali lagi Kuil tu dirobohkan oleh tentera Romawi pada 70 m, kuil tu diratakan terus sampai tak tinggal kesan langsung.

gambaran model Haikal Sulaiman

Haikal Sulaiman ni merupakan kuil pertama orang yahudi yang dipercayai akan menjadi pusat dunia yang akan didirikan bagi menyambut kedatangan Raja aka Big boss Yahudi siapa lagi kalau bukan Massiah atau dalam bahasa orang putihnya Messianic atau dalam bahasa yang paling popular Dajjal..yang korang minat sangat cerita 'Lord of the ring' tu Massiah la tu yang diibaratkan seperti peperangan islam-yahudi (perang dunia iii)..tapi dalam cerita tu yahudi yang menang kan? (tentera Gandalf tu yahudi la).....aku pun tengok..


filem ni mengambarkan hampir keseluruhan perihal Messianic salah satunya
one eye tu.

Orang yahudi-Zionis bersandarkan kpd tiga keyakinan perkara besar yang akan berlaku kepada mereka dan dua daripadanya dah pun berlaku. Pertama perhimpunan seluruh kaum yahudi bagi membina bangsa yang baru (dah ada kan), yang kedua pula merampas kembali Jurusalem dari umat Islam (dan pun terjadi) dan yang ketiga pembinaan Haikal Sulaiman (belum terjadi)...Aku pernah tengok dalam salah satu siri dalam History channel (tak ingat tajuknya) yang mana mereka mengkaji kemana hilangnya Tabut, salah satu benda yang diyakini sebagai mukjizat nabi musa a.s ( tabut keramat bagi yahudi), dalam siri tersebut sebuah terowong yang panjang digali di bawah Al-Aqsa. yang mana mereka yakin bahawa situlah tabut keramat itu berada. Banyak lagi usaha-usaha yang dilakukan zionis bagi meruntuhkan masjid Al-Aqsa (nak tau kena baca sendirilah).

Segala rancangan mereka ni dijangka dan sudah dirancangkan akan membawa kepada peperangan antara umat Islam dan yahudi-zionis (perang dunia iii aka Perang Armaggeddon). Dan menggikut propaganda-propaganda yang dicanangkan oleh yahudi dan barat suatu perkara besar akan berlaku pada tahun 2012 (tahun depan). Betul atau tidak Allah saja yang Maha mengetahui...

Jadi sebagai umat Islam bersedialah menghadapi pemulaan kepada pengakhiran fitnah akhir zaman. Jangan tau nak seronok ja...ramai yang dok beromen keja buat anak haram ja macam mana nak bersedia camtu?.. satu persoalan untuk difikirkan bersama bersediakah kita sebagai umat islam untuk berjihad dalam mempertahankan Islam????

panji-panji islam


sumber
: konspirasi galatik-Muhammad Nurani Maarif (2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Haikal_Sulaiman
the Arrivals eps 35 (tengok kt u-tube)


(memo: penulisan ini tidak menggunakan format penulisan yang betul dan banyak menggunakan bahasa pasar jadi penulisan sebegini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi.)


Thursday, January 6, 2011

Kampung boy Muzikal...best ke?


Siapa peminat Kampong boi angkat kaki!!!!

aku nak kata minat sangat tu...kecik-kecik dulu bleh lah...tapi sebagai art fanatic aku follow jugak..okeh bagi peminat kampung boi satu persembahan muzikal bertajuk "LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal" diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia & Tall Order Production akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 Mac hingga 3 April 2011.

Jadi sesiapa yang berminat dan berduit bolehlah tempah tiket awal-awal...tapi kalo anda tak berduit sebab getah sekerap dicuri orang tak dapek den nak nolong aihhh.....

Selain tu jugak ni ada berita baik bagi sesiapa yg minat berjoget....
ujibakat penari
"LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal' akan dijalankan pada 10 jan 2011 (isnin ni) pukul 2.00 hingga 7.00ptg bertempat di Lambang sari, Istana Budaya.

Kalau ada yang berminat dan rasa pandai berjoget tu bolehlah cuba...mana tau korang boleh jadi kartun pasni kan.

sebarang maklumat boleh tengok kat sini dia punya fb
atau kat sini

memo: tak sesuai kot org jadi kartun...






Wednesday, January 5, 2011

Patung gentayangan???


Salam...

Post kali ini aku nak preview sikit pasal art-art yang 'agak' pelik sikit yang dibikin oleh mat-mat salleh yang biasalah kurang sihat kepala hotak diorang. Bagi peminat dan bukan peminat Art layan je..sambil hangguk2 kepala...yeah!!yeah!!!


Patung gentayangan dibikin oleh Shain Erin
(klik utuk tumbesaran)


Mau gentayangan satu kampung simpan patung camni. rupa pun dan macam mak lampir dah...
nak tengok lagi patung gentayangan leh masuk sini


Lukisan catan yang 'agak' weird

Onus oleh Suzzan Blac


Breaking up oleh Scoot G.Brooks

the gift of perception oleh Andrew Jones

Laurie lipton

Nak tengok lebih lagi leh masuk kat sini Mowa museum

memo: patung tu hadiah kat anak ok tak?