Tuesday, January 4, 2011

Melayu boleh terbang???


ENTRI kali ni bukan berita pasal manusia ajaib atau mempunyai super power terhebat tapi lebih kepada pandangan foolitik daripada kacamata ‘aku’ (aku memang rabun ok). Aku bukanlah seorang fanatik kepada mana-mana parti foolitik yang ada kat Malaysia kerana aku lebih suka tengok dan lihat manusia-manusia terutamanya ‘Mer-Layu’ bergaduh dan berfitnah sesama sendiri disebabkan foolitik.

Memang aku tak sangkal bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan…betul kan? Yup…tapi yang aku lihat disini Islamnya Cuma 20 ke 30% yang diperjuangkan selebihnya hanya kearah perjuangan kroni-kroni sendiri. Mesti penyokong-penyokong fanatik merasakan ‘mamat ni mesti pencacai najib botak lah ni’….haha…. jangan silap sangka dari awal-awal lagu sudah aku katakan yang aku tidak terpengaruh dengan mana-mana dakyah parti foolitik kat Malaysia ni ok….

Beberapa tahun yang lepas-lepas pernah aku berforum dengan mahkluk-makhluk yang fanatik foolitik ni tak kira lah dari parti UMnoh barang baik atau pun Parti pakat-pakat Rakyat (hamba) .. apa yang aku perhatikan semua manusia yang amat fanatik ini mempunyai perangai yang sama iaitu tak boleh menerima pandangan orang lain.betul tak?..hahaha kadang-kadang nak tergelak pun ada sorang maki yang sini yang sini pulak maki yang sana. Yelah tapi betul jugak kan pemimpinya yang huduh perangai pun keja dok beromen ja mana la rakyatnya(hamba) tak macam beruk kena belacan.

Tapi ramai yang boleh tengok kenapa ramai sangat Mer-Layu ni fanatik sangat dengan foolitik? Mer-Layu yang atas-atas tu yang perut besar2 tu memanglah sebab periuk nasik dorang kan kalo tak mana nak dapat duit yang berjuta-juta tu kan…dari rakyatlah(hamba) dari mana lagi kan. Sebab tu la tiap bulan kalau boleh pak menteri nak naikkan minyak, Sebab untung boleh masuk poket sendiri kan.

BIla tiba masa tu ramailah rakyat-rakyat(hamba2) yang merungut dan marahkan pak menteri.’ Apa lah pak menteri sial ikut suka naikkan harga barang semua’ korang ni pun tak sekolah ke kalo pak menteri tak naikan harga minyak semua tu mana la dorang nak dapat duit nak g bercuti, minum2 ngan rakan2 nanti. Bangunan besar-besar tu nanti mana nak cekau duit ha mesti la mintak duit kat hamba-hamba semua…kan. Korang takda duit pun apa pak menteri nak peduli kan janji masyuk beb. Jadi apa penyelesaianya kalau nak elakkan perkara jahanam ni dari terus berlaku.?????

Ada yang cakap ubah kerajaan, pak menteri cakap ubahlah gaya hidup,..aku cakap ko kerjalah rajin-rajin nak tanggung anak bini......(nak tanggung kerajaan sekali) kan.....kalau ko nak ubah kerajaan pun ko buatlah sebab bagi aku apa yang nama kerajaan semuanya duit-duit.....

melayuman yang beraksi ala2 sivaji the boss..menghapuskan manusia2 yg gila duit

bak kata pepatah orang2 MLM (HARAM)...'DUIT BUKANLAH SEGALANYA TAPI SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT'....(aku benci pepatah ni)


memo: im proud to be malay....uuuuu...huhuhuhu

No comments: