Wednesday, June 29, 2011

Art atas jalan yang agak pergh!!!!

kat sini ada beberapa contoh karya art atas jalan yang sememangnya dah lama diterapkan kat atas-atas jalan negara eropah sana..mungkin karya atas jalan ni merupakan salah satu cara diorang menghargai karya-karya seni yang dihasilkan oleh pelukis.










sumber kat sini

memo: kalau kat sini pun macam ni kan best...mungkin agak tebeliak mata-mata mereka yang memandang...

Thursday, June 23, 2011

Seni kematian!!


ish...hang ni apa cakap pasal mati ni dah buang tebiat ker?
ala muda lagi watpa nak fikir pasal mati?

ayat-ayat diatas merupakan diantara alasan yang aku terima dari kawan-kawan kalau aku bersembang perihal mati...dan ada yang diam seribu bahasa..memang kebanyakan dari kita terlalu takut untuk berbicara bersembang perihal kematian kan? cuba bagitau berapa kerap topik dalam sembang-sembang anda seharian memperkatakan tentang mati.. setahu aku selalunya apabila ada kemalangan yang melibatkan kematian adalah sedikit yang tersembang perihal mati ni kan.

meh sini aku nak cerita pasal seorang sahabat yang namanya lebih kurang macam aku jugak. beliau yang sejak dari keciknya lagi takut sangat perihal kematian. Mungkin ketakutan beliau salah satu sebabnya selalu di momokan dengan cerita-cerita tahyul di kaca tv. Ketakutan akan kematian terus menerus sehingga si sahabat tersebut dewasa..dalam fikiran beliau tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga ataupun beliau sendiri yang akan didatangi malaikat maut?....

Kejahilan beliau akan seni kematian terus bersarang di dalam hati...bagaimana ketakutan akan kesedihan, kehilangan terus menerus sehingga tak terbayang lagi. Sesekali beliau terfikir bagaimana sekiranya beliau kehilangan ibu bapanya...? stop!!!! cukup setakat itu beliau sudah tidak mahu membayangkan perihal tersebut.

Beliau tidak sedar yang kematian itu merupakan salah satu janji Allah yang pasti..sehebat mana, secantik dan sekuat manapun manusia tersebut...pastinya datang suatu hari yang akan menjadi titik pengakhiran bagi suatu permulaan iaitu kematian...

berbalik kepada sahabat aku tadi....ketakutan demi ketakutan akan kematian akhirnya datang juga menjengah hati dan jiwa sahabat ini...kehilangan salah seorang manusia yang pernah membersarkanya dari kecil hinggalah dewasa membuatkannya sedar bahawa janji Allah itu tetap pasti...tidak guna melahirkan dari ke sebalik gunung sekalipun...sekiranya sudah tertulis maka jadilah..

ketakutan yang hanya sekadar ketakutan tanpa sebarang tindakan memperbaiki diri merupakan salah satu perkara yang sia-sia..pernah terlihat melalui pembacaan yang mana salah satu perkara yang dapat membendung kita dari melakukan dosa ialah...ingat kematian..yup...aku yang menulis ini pun masih tak terbayang bagaimana keadaanya di alam sana..sedangkan diri masih jahil dan selalu lalai..melaksanakan suruhaNYA..

semoga ilmu tentang kematian yang dicari oleh sahabat ini menjadi suatu pemulaan kepada hidupnya mencari suatu pengakhiran atau Husnul khatimah yang diharap-harapkan...insyaallah...


memo: semoga kita dijauhi dengan su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk)

more art more work>>


memory
of mural painting...mural terbesar pertama aku n kawan-kawan.. special thanks pada mr berd (aka.mr azmi) my partner siapkan painting nih..for cikgu muzi tingkiu bebanyak.for mr lal (ada copy idea ckit2)...segala rasa aku luahkan pada mural nih walaupun karya janji siap tapi kepuasan tu tetap ada..

Monday, June 20, 2011

Hidup dalam jiwa dalam hati dalam nafas....


Salam rahmat buat seluruh umat rasulullah saw....semoga Allah melindungi seluruh umat islam yang patuh dan teguh dengan imanya.Baik untuk kali ini kita lupakan sebentar perihal duniawi mencari harta, wanita... Penulisan kali ni bukanlah kata-kata madah dari si manusia kecewa dengan kehidupanya atau si polan yang sudah lelah dengan setiap hembusan nafas dari bumi Allah ini tapi angaplah satu perkongsian yang selalu aku alaskan di dalam blog alam maya ini.

Sebelum aku memulakan sedikit perkongsian cuba kita sama-sama berfikir akan kehidupan kita kehidupan aku dan kamu juga bertapa karatnya hati kita yang dipenuhi pelabagai penyakit Al-wahan!! apa itu penyakit Al-wahan? pada yang tak tau cuba baca dan fikir salah satu dari pada beribu hadis rasulullah ini

disabdakan oleh Nabi Muhammad S.AW

“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)


tengoklah betapa cintanya kita pada dunia? pada harta? pada wanita begitu juga sebaliknya.....sehingga kita sering lalai lupa pada kehendak hakiki kita..lupa pada janji-janji kita pada yang maha Esa.

Sampai bila agaknya kealpaan itu akan terus membelengu kita...agaknya sehingga datangnya sesak-sesak nafas terakhir baru kita akan sedar bertapa alpanya kita tentang apa yang sebenarnya fungsi sebenar kejadian hidup manusia..mungkin aku sendiri gagal menerangkan secara sepenuhnya apa yang aku kemukakan ini kerana banyak lagi rahsia tersirat dan tersurat yang perlu dicari dan diterokai..

Sedar atau tidak secara tersirat kita sememangya keseorangan menjalani hidup di muka bumi ini walaupun di sekeliling kita ada keluarga ada kawan-kawan ada anak isteri namun terkadang kita terlupa saat pertama kali melihat langit Allah ini kita keseoraangan kan...kita juga bakal keseorangan dikala di penghujung nafas ini. Anggaplah penulisan ini aku madahkan hanya untuk memperingati diri sendiri akan betapa sering lalainya dalam menghadapi dugaan hidup di dunia Allah ini..seandainya sudi memandang dan mengeja satu persatu penulisan ini mungkin boleh menjadi satu peringatan kepada kamu juga..insyaallah.