Tuesday, December 14, 2010

Si pencacai MaLaM yang Malang


Salam sejahatera ye bukan salam satu2nya Malaysia..dah lama jugak aku tak mengepost isu-isu yang kurang berguna kat dalam ni ye. post kali ni khas pada si pencacai MaLaM yang sudah lama bergiat aktif dalam peniagaan ni dan juga yang baru berjinak-jinak nak jadi penipu. Owh..mungkin ada yang tak faham apa yang aku maksudkan dengan MaLaM tu ye..maksudnya MLM paham tak MLM..skim piramid yang dicipta oleh yahudi aka big boss besarnya Dajjal dan digunapakai oleh umat manusia terutamanya yang bernama 'ME-LAYU' yang nak cepat kaya kononya. Bisnes yahudi ni ada nama kome-Sialnya juga 'Multi Level Marketing'.

Ni berdasarkan pengalaman tahun 2010 aku sendiri terlibat secara agak langsung dalam bisnes yang nak membantu orang Me-layu kononya. Tapi aku tak sempat nak menipu orang sebab aku tersedar dengan sendirinya dan aku juga tak tahu mengeluarkan kata-kata manis menjanjikan kekayaan kepada umat Me-layu. (tapi agak kelihatan bodohlah kat situ kerana telah ditipu hampir rm400) dan aku dapat sekeping kad ajaib yang kononya boleh menghilangkan pelbagai penyakit dan stress..hahaha gila. Aku bukan nak cerita mengenai kebodohan aku masuk skim yahudi ni tapi pasal bebodohan seorang yang dinamakan sahabat dulunya?.

Yes!!! aku juga turut dipengaruhi dengan tawaran mewah yang akan belaku dengan sekelip mata sahaja..disamping dipekenalkan dengan kad ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit sekiranya diletakan dibawah ketiak..haha..akibat tidak tahan diperli oleh rakan2 aku menunjukan demontrasi kepada mereka dengan meletakan kad tersebut dalam minuman dan aku terus meminumnya...dan selepas itu jeng!!!jeng!!!jeng!!!.....mereka terus ketawa berguling-guling sambil mengeluarkan buih-buih di mulut. Sememangya kad yang aku miliki itu memang hebat sekali kan?

sehingga ke saat ini aku masih menyimpan kad ajaib tersebut...bukan mempercayai akan 'kehebatanya' kad tersebut tetapi mengingati akan kecuaian yang telah aku lakukan dalam menilai manusia. Pada beliau yang telibat semoga anda cepat-cepat menyedari apa yang telah beliau lakukan kepada manusia lainya kerana lu sendiri mau ingat lah....haram tetap haram!!

nak hukum ambik ko baca kat sini hukum malam

nak info lagi pasal malam nah ko baca kat sini jangan malas sangat...

memo: hebat orang2 malam ni

Tuesday, November 23, 2010

Tima kaseh Dora2 and the geng!!!!




siapa yang tak kenal dengan menatang bulat warna biru ni kan.. jadi aku tak payahlah cerita panjang-panjang. Menatang Dora ni menjadi fav aku dari dulu hingga lah sekarang walaupun dah agak berbulu untuk layan cerita-cerita camni tapi aku tetap layan juga...lantak korang nak cakap apa janji aku suka. Rasa macam zaman budak-budak balik bila aku tengak menatang dora ni, sebab dorang tak penah besar-besar walupun dah 40 tahun dorong wujud kat muka dunia ni. tima kasih kat doraemon, nobita, sizuka, sinyu, dan giant dan kawan-kawan kerana memeriahkan hidup aku yang tak berapa meriah ni dan juga telah berjaya beberapa kali menitiskan air mata aku. betul sedih aku cakap..tak tertahan air mata aku bila tengak muvie natang nih.

komik pertama yang aku baca dan beli juga komik kucing ni, memang betul2 mengamit memori lah. Korang budak-budak skang tau pa beromen korang tau lah kan...buat anak kucing...

kalo ada yang minat nk dunload muvie cita kucing robot ni leh masuk kat link ni k..layan.

Dora-dora muvie




Friday, November 5, 2010

i've done....

setelah hampir dekat sebulan lebih aku ngan brader joe berpeluh menyiapkan itek kecik ni akhirnya siap jugak dia. congkak itek...thanks pada brader joe yang sememangnya master mind dalam menghasilkan benda ni..kalo takda lu mmg aku tak reti apa lah..thanks jugak pada semua kawan2 batikpark yang banyak membantu..group ninja boi....ni juga merupakan hasil tangan aku dan brader joe yg terakhir disini...i will miss u itek kecik....

Sunday, October 31, 2010

siap sudah....

akhirnya last project aku dengan benda alah congkak berhantu tu siap jugak. 2 3 malam tido tak lena, perabis duit beratus-ratus akhinya siap juga, lapang la skit kepala hotak ni. lepas ni habislah seksaan aku kat sini..alhamdullilah..nanti aku kasi letak dia punya gambar punya congkak.

Sunday, October 10, 2010

Tribute yang tinggal tribute



Sambil aku selongkar-selongkar fail2 lama yang memang dah bertimbun tu ada la aku terjumpa 2 3 design baju2 lama yang dulu ingat nak print baju.. tapi disebabkan kesibukan dan buat-buat sibuk akhirnya projek baju-baju semua tu tebengkalai la kat stor tu....dah bapa banyak modal aku habis untuk projek baju tu tapi akhirnya habuk pn takdak. Penyebab utama (malas) partner pun lagi malas camna aku nak rajin. Rasanya kalau aku nak wat baju tribute buat geng yang hampir pupus ni aku hantar kedai ja kot..senang cita kan.

buat Bernam geng yang hampir pupus tu aku ucapkan berbahagialah engkau bersama memori-memori luka yang bengong, s**l, hampeh, jingkalewak dan sebagainya...

ca cin cau......






Sunday, October 3, 2010

Final Project gua




Sekarang aku ngah sibuk dengan projek final ni...kena buat arca berasaskan mozek dan bermotifkan batik..memang serabut dengan dateline yang bertimbun ni..tapi pasni aku akan bebas..hahaha




Art: jijo
design: butter

ps: tolong komen kritik, kutuk, hina aku tak kisah okeh!!!!

Sunday, September 26, 2010

Butters Update

Dah lama jugak aku tak update blog nih, dah nak bersarang dah. Aku rasa belum terlambat nak ucap selamat hari raya buat korang dan semua blogwalking sekalian yang sudi juga lawat blog aku yang dah nak bersarang ni. Kesibukan yang melanda diri aku nih buatkan aku tidak ada masa langsung nak update blog ni. Tapi aku akan cuba sedaya upaya membawa berita dari dunia seni sekiranya ada masa yang terluang.

Harap maaf juga kerana blog aku ini tidak terkecuali dari terkena serangan spam dan di attack pagekan oleh google. banyak komen-komen yang aku delete sebab aku ingat berpunca dari komen-komen tersebut harap maaflah bagi sesiapa yang pernah komen post aku. jangan lupa untuk komen lagi ok. Aku ingatkan blog aku dah takda harapan nak sembuh dah maunya aku delete dah blog nih..tapi Alhamdulillah semuanya dah ok macam biasa. Akhir kata aku sertakan e-kad yang aku buat sempena raya hari tu lupa aku nak postkan kat sini. Kad yang aku tributekan untuk kawan-kawan aku sebab lepas ni semua bakal bawa haluan masing-masing. All the best!!!!







Wednesday, August 18, 2010

Tribute to 'Malaya' : part 1

Tanah Melayu map

Salam ramadhan...aku juga nak ucapkan selamat berpuasa pada semua pelawat yang masih sudi menjenguk blog buruk aku nih. Sempena bulan menyembut kemerdekaan yang ke 53, aku nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai pasal 'Tanah Melayu' yang sememangnya membuatkan aku bangga menjadi salah seorang daripada penghuni 'tanah Melayu'. Tapi aku masih terasa kurang bangga menjadi penghuni negara Malaysia. Nak tau kenapa? sebab orang Malaysia terutamanya golongan muda remaja terlalu teruk perangainya. Gejala sosial menjadi-jadi dan perkara itulah yang dibangga-banggakan mereka.

Aku taknak cerita panjang pasal masalah sosial, cuma nak berkongsi pasal salah satu daripada pejuang negara yang kurang dibukukan dan diceritakan dalam buku-buku sejarah Malaysia terutamanya.Tapi aku tau walaupun aku tulis benda ni panjang-panjang tak ramai golongan 'melayu' yang suka membaca benda-benda camni terutamanya yang menceritakan pasal sejarah 'Malaya.


pernah korang dengar pasal Malaysia killer elite? ni bukan cerita pasal pembunuh upahan tapi tentera komando orang asli yang diberi nama The Senoi praaq. Kumpulan perjuang ini yang terdiri daripada kumpulan orang asli ini memang pakar dalam mengesan dan memburu komunis (PKM) sebelum dan selepas kemerdekaan.Kumpulan ni ditubuhkan pada sekitar tahun 1957 ketika Malaya sudah dekat pada tarikh kemerdekaan.

Nak tau sebab apa? sebab ketika tu British terdesak nak tubuhkan pasukan yang dapat membantu kerjaan baru jaga keamanan dari pengaruh Komunis ketika tu. Pegawai mat salleh yang diberi nama Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,yang merupakan pemerintah Malaya ketika itu pasal penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bawah Jabatan Orang Asli. Ketika penghujung tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Pada mulanya orang asli yang menanggotai kumpulan ni terdiri dari orang asli yang ditangkap kerana menanggotai komunis dalam operasi yang di beri nama operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP). Mereka yang ditagkap ni kemudianya diserap kedalam pasukan Senoi Praaq. Mulanya pasukan elite ni terdiri daripada 2unit utama yang mana ada 10 orang dalam setiap unit. Selepas itu bertambahlah ahli dalam pasukan ni yang mana mempunyai 2 skuad yang terdiri daripada 80 orang ahli.

Kalau nak tau pasukan Senoi Praaq ni menjadi salah satu pasukan yang paling ditakuti skuad komunis masa tu. Skil berburu yang ada pada orang asli dalam pasukan memberi kelebihan pada mereka untuk menewaskan musuh. Sebab tu juga ketika awal kemasukan pengaruh komunis mereka mempengarui orang asli untuk masuk dalam pasukan mereka.

Kalau nak tau pasukan orang asli ni mempunyai banyak kelebihan dari segi bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat dalam jalankan operasi. Kalau ada yang pernah tengok cerita lembing dan layang yang pernah ditanyangkan kat astro, cerita tu memang berdasarkan kisah Senoi Praaq..tp cerita tu kurang feel lah sebab pelakon utama dia bukan orang asli.


Preview lembing dan layang

setakat tu ja lah tribute aku kali ni..kalau ada yang minat bacalah kalau tak minat ikut suka koranglah nak minat pa pun..

nak tau diorang ni lah legend: Antara anggota terawal Pasukan Senoi Praaq yang masih hidup.
Sumber: gambar pelik


" They then served as mercenaries employed by the United States Central Intelligence Agency in Vietnam and later fought on Borneo during Malaysia's own undeclared war with Indonesia "

sumber: Death Waits in The Dark,The Senoi Praaq:Malaysia's Killer Elite,Roy davis Linville Jumper,
http://senoipraaq.com/


memo: love malaya

Tuesday, August 17, 2010

Butterartstudio not intend to berate or insult anyone please sorry..

Salam ramadhan....di kesempatan ini butterartstudio ingin memohon maaf diatas kekasaran bahasa yang digunakan di dalam blog ini. Bagi pengetahuan pelawat blog ini menggunakan hampir sepenuhnya bahasa pasar yang mungkin sesetengahnya menguris atau menimbulkan salah faham. Butterartstudio juga tidak berniat menimbulkan provokasi atau sebarang niat jahat. Blog ini hanya berkongsi sepenuhnya perihal seni dalam kehidupan masyarakat dan juga diri penulis sendri.

Terdapat juga diantara sesetengah maklumat yang terdapat dalam blog ini diambil dari individu tertentu tanpa izin dan dengan izin. Penulis telah menyatakan sumber dari maklumat tersebut diambil. Pelawat diminta mengunakan budi bicara sendiri bagi menilai blog ini. Blog ini juga bukan blog yang bersunsurkan ilmiah tetapi hanya perkongsian maklumat sahaja...diharap segala kesilapan dan salah faham dapat dimaafkan.

Harap maklum.
butterartsudio
(faizalbutter@yahoo.com.my)

Sunday, August 8, 2010

life is full of question....????.

tempat ni bukan tempat luahan perasaan hati aku mahupun tempat aku melampiaskan kekecewaan dalam hidup...cuma sebagai tempat perkongsian idea-idea yang semakin membeku dalam kepala otak aku nih,,,kebekuan yang entah bila akan mencair aku pun tak pasti...walaupun aku sudah ada jalan hidup aku sendiri tapi aku tak rasa gembira dengan apa yang aku lakukan...aku hipokrik dan membohongi diri aku sendiri dengan apa yang aku lakukan....aku tipu diri sendiri...
aku kecewa dengan dunia aku juga kecewa dengan manusia....mungkin aku kecewa dengan manusia yang membuatkan aku kecewa...terasa keloseran yang telah aku tinggalkan bertahun-tahun di sekolah kembali bercambah dalam sarung sereblum otak aku..

aku tak tahu apa yang aku cari dalam hidup ini....perempuan? aku sudah serik dengan perempuan tp tak bermakna aku gay mahupun hemoseks...aku masih suka pada perempuan tp.....phobia agaknya.....aku tau sememangya aku seorang manusia yang lalai....bukan nak mengaibkan diri sendiri tapi sekadar mengingatkan diri sendiri yang semakin hari semakin lupa tanggungjawab sebagai seorang manusia yang tetap dinamakan hamba.

aku tenggok gelagat manusia semuanya ada cara dan kehidupan masing2....aku masih mencari kehidupan aku....aku cari kehidupan aku makna hidup aku, tanggungjawab aku....hati aku...

memo: aku semakin tua semakin nyanyuk....




gua layan nih...syook Ooo...

Tuesday, August 3, 2010

Apabila tempurung otak ranap dikunyah dek menteri Pasola…


Sememangnya telah dijadikan yang Maha Esa, manusia berbeza tingkahnya dengan yang dipanggil haiwan. Memanglah manusia tidak sama dengan binatang sebab manusia diberikan akal fikiran yang semoleknya dijadikan akal fikiran yang waras. Sedangkan binatang hanya diberikan otak tanpa akal fikiran.

betullah budak tadika pun tau…

Jadi betullah manusia tak sama dengan binatang?? Terkadang otak bertanya pada hati. Moleklah hati tak mengeluarkan sepatah bahasa sebab kalau tak caci maki yang dijawabnya.
Jadi kenapa nak salahkan binatang atas kesalahan yang manusia lakukan..?? tapi tu kan cakap orang tua-tua manusia yang ‘berperangai seperti binatang’ tapi otak tengak elok ja beruk, singa, gajah, mahupun dubuk sekalipun berkasih sayang.

Tapi manusia pun berkasih sayang juga kan?
Memanglah hari-hari pun manusia berkasih sayang…terkadang yang tiada kasih dan sayang pun dipanggil kasih sayang…yang dibakar dan dibuang tu pun tanda kasih sayanglah tu..

Seorang beliau tak sependapat ..’manusia masih berperikemanusiaan!!’ mungkin saluran kekecewaan yg melanda seorang beliau tersebut. Beliau berhujah takkan nak samakan manusia dengan binatang..agak tidak molek dikatakan begitukan. Tapi betul juga cakap seorang beliau itu, mungkin beliau bercakap berdasarkan suara hatinya yang penuh kasih sayang…maklumlah kasih sayang beliau tak berpenghujung.

Otak bertanya pada seorang beliau ‘ada tak manusia yang tak ada kasih sayang’dengan muka agak berkerut dan kelihatan agak tak senang duduk seorang beliau menjawab mungkin orang yahudi tak sayang kat orang lain. Tapi otak cakap yahudi pun sayang kat orang-orang yang mereka sayang la.betul jugak kan cakap otak..tapi kenapa mereka bunuh orang yang mereka tak sayang?….tanya otak lagi.

Dengan riak muka yang kelihatanya agak muram durjana…sambil menitiskan air mata dan sisa-sisa hingus yang sedia ada, sorang aku menjawab ‘mereka yang tak yahudi pun bunuh orang yang mereka tak sayang; sedangkan pada hakikatnya mereka sayang pada orang yang mereka tak sayang itu’…….dengan penuh tanda tanya sambil mrngaru-garu tempurung kepala, Otak memberi arahan pada badan menghabiskan sisa-sisa meggi yang ada….. rezeki katanya……????

Memo: takda sangkut paut dengan kes anuar dan sepon…

Friday, July 23, 2010

Saluran-saluran tiub Serebelum yang bermonolog..

Memang ada manusia yang rasa macam dah lama bertapak atas muka bumi ni, tapi kenyataanya, semuanya satu permulaan sebuah kehidupan yang rupanya kelihatan ‘macam’ agak baru. Mungkin orang lain anggap ‘tak berguna’ tapi tak kisahlah sebab hidup ni bukan berlandaskan belas ikhsan orang lain.

Si pengemis dan orang yang dilabelkan ‘Gila’ pun ada maruahnya sendiri. Sekurang-kuranya mereka hanya ‘Gila’ dalam dunia mereka sendiri daripada ‘Gila’ dalam dunia nyata yang kebanyakan manusia-manusia penghuninya menjadi tak terkawal dek kegilaanya pada dunia.


Pernah jugak bertanyakan ‘Hati’ pasal persoalan-persoalan yang semakin makan jiwa tapi Hati hanya jawab ‘Hati-Hati. Jadi kesimpulanya Hati-hatilah, takkan masih nak hidup seperti orang yang kelihatan ‘jiwa sakit’ yang tak tahu mana arah tujuan hidup. Walaupun sudah agak lama sindrom kealpaan dan kelayuan ni merayau-rayau dalam otak sekurang-kurangnya jadilah seperti mana yang telah dijadikan itu.

Ikutlah arus yang selalunya dan sememanya memaksa manusia untuk ikut dan terkadang dipaksa mengganguk.Memanglah Kadang-kadang yang dibawah terpaksa mengikut arus yang diatas. Sudah namanya pun yang dibawah jadi bawahlah. Sampai bila nak jadi pengikut dan mengikut jawabnya sampai bila-bilalah. Mulut memang boleh bercakap dan kepala selalunya menggeleng tapi pelakuan tetap sama sebagai pengangguk.


Memo: HATI…hati-hati.

promote lagi....

lagi satu contest promote untuk korang...siapa yang rasa kreatif tahap gaban dan ada blog yang sememangnya berilmiah (bukan yang mengarut-ngarut) bleh masuk contest ni...rebat hadiah2 yang dorang bagi jgn bagi can kat student upseh tu....chayokkk!!!!

dateline last 25 Julai 2010. ..sebelum 12 tngah mlm...(aku lambat promote)

Wednesday, July 21, 2010

Promote

Dari balai seni lukis, siapa yang rasa berbakat dan mempunyai idea melimpah-limpah dalam kepala otak serta berangan-angan dan cari duit poket bolehla join contest ni..hadiahnya pun sedap mata memandang..aku rasa macam nk join tapi idea sudah tidak ada lagi dalam kepala ini dan tangan aku sudah keras. (alasan yg agak bodoh di situ)

www.artgallery.gov.my
http://www.artgallery.gov.my/web/guest/pertandingan bakat seni
www.karangkraf.com

Wednesday, July 14, 2010

Gelombang Otak nafsu melancholic


Otak alpa bila rebut taufan melanda…Otak bergembira diatas semua bencana yang tiba…nasfu kian membakar diri manusia membuatkan hati menangis pada hakikatnya bergembira…si cinta pencinta kian menguasai hati pada dunia yang lamanya menangis kerana otak manusia….lama-lamanya hati jadi kecewa akhirnya lemas di mamah si Otak nafsu sang dunia….


(kebenaran dan kebatilan ada pada diri sendiri)

Memo: tak ada kena mengena dengan politik semasa mahupun RMK10….


Tuesday, July 13, 2010

Dan Buta Hatiku dicanai si Nyonya Mansor…

Kerana si nyonya mansor aku
diam tanpa bicara….
Kerana si nyonya mansor aku
sabar walau ada batasnya…
Kerana si nyonya mansor aku
hilang hormatnya pada orang tua…
Kerana si nyonya mansor aku
takut pada suatu yang tak pasti…
Kerana si nyonya mansor
tepeterai janji-janji takaku peduli…
Kerana si nyonya mansor aku
berlari-lari menyembunyikan diri…
Kerana si nyonya mansor aku
terkena tempiasnya basahan sang hujan…
Kerana si nyonya mansor aku
ibarat si kassim yang tercari-cari arah tujuanya…
kerana si nyonya mansor aku jadi sipemakan asap..
Kerana si nyonya mansor
hatiku separuh buta ditikam garpu si nyonya mansor…

Memo: dah jadi org terbuang macam drama melayu...

Monday, April 5, 2010

Dalam Otak Aku~~~


'the battle of bukit Chandu'

'if there is another 10 soldiers like him .. the Japanese military may need 10 more division for conquering Malaya!!!!!!'


salah satu war story yang buatkan air mata aku mengalir.....semangat bro~~~love malaya!!

promote new project..


projek bisnes aku dah melangkah setapak ke hadapan..sekiranya ada sesiapa yang berminat membuat tempahan cetakan t-shirt boleh cari aku kat email: faizalbutter@yahoo.com.my

Saturday, April 3, 2010

this's my real ending~~~~

takan nk bunuh watak kot...tak besh lar...
belajar terima hakikat bro~~~

Thursday, April 1, 2010

the bear2..the end (last series)

rasanya ni la last ending untuk the bear2 series aku...sesuai ker?? xpun nk kena ubah? heppy lak ker..ish...

Monday, March 29, 2010

bear2 series




(full illustrator)..
aku pun tak tau napa aku buat benda nih...tak bleh tido kot..

Friday, March 5, 2010

Aku memang malas update!!!



buat semua pelawat yang masih suka jenguk blog buruk aku nih tingkiu2 lah walaupun aku jarang update tp da jgk yang datang melawat...

Saturday, February 6, 2010

BANTU ADIK AMMAR

Salam, Entry kali ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit.
Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini > mylife-asz.blogspot.com



Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.

Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.

Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.
Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)



keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya, Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita.


sumber: http://www.fcucommunity.net

Monday, January 18, 2010

New Project From Bernam Geng..

trade mark orang kaya (raja lawak audition)

Ni merupakan projek terbaru aku iaitu mengkartunkan character2 Bernam geng member2 aku dan mengutuk mereka sepuas-puasnya..idea watak-watak ini tercetus dari perangai dan kelakuan sahabat-sahabat aku ini sendiri...




p/s: nak berkenalan secara lebih dekat dengan mereka (terutamanya gadis2) boleh cari mereka di fesbook aku