Thursday, December 31, 2009

Selamat 2010..

Semoga bahagia dan Selamat-selamat selalu...tingkiu sudi melawat.
i,m back!!!

Tuesday, November 17, 2009

Saya sayang tikus saya.


Aku rehatkan blog ini buat sebentar kerana aku pulang ke tempat asalku. Terima kasih buat semua yang sudi menjengah belog yang baru nak hidup nih. Musim ni aku rasa memang kurang sangat aku merapu dan meraban kat dalam nih. Mungkin sebab otak dan penat dan tak berapa betul sebab sekiranya aku sibuk agak tidak logik kerana aku tidak pernah sibuk walaupun banyak kerja yang perlu aku buat. Harap maaf aku ucapkan andai terkasar bahasa tapi sedaya upaya aku cuba mengunakan bahasa baku yang betul walaupun terdapat sesetengahnya mempunyai bahasa yang agak macam haram jadah..tapi disebabkan ingin mermatabatkan bahasa 'Malayu' itu aku terpanggil oleh diriku sendiri untuk menggunakan bahasa melayu kerana aku memang tidak berapa reti menggunakan bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis mahupun Korea.

Selain daripada itu, aku juga ingin mengucapkan takziah kepada kedua-dua ekor tikus yang aku bela kerana masih belum dikurniakan cahaya mata dengan ucapan diharap mereka banyak bersabar. Mungkin tidak ada rezeki lagi tu. Aku juga berharap pengunjung belog ni teruslah menyokong belog yang tak seberapa ini dan menyokong hasil seni yang aku paparkan dalam belog ni.Walaupun agak macam hampeh tapi boleh la kot. Aku akhiri dengan sebuah pantun

Dalam rumah ada pencuri, pencuri datang dengan perompak, bukan niatku nak mencuri, tapi akhirnya mati kena penyepak.

entah hapa punya pantun ni mcm cilake ja.

Friday, November 13, 2009

Kisah Tentang Hidup..


Sedang aku belari-lari menghilangkan kebosanan di kepala, otak aku terpandang suatu kisah tentang sebuah hidup..sebuah kisah sebuah kegilaan. Aku tak tahu siapa penulisanya tapi yang pasti bukan aku yang menulisnya. Aku kongsikan di sini, sebuah kisah tentang hidup...

RESOLUSI KAKI 5

Aku bukan orang gila. Siapa kata aku gila? Aku tak gila! Orang gila bolehkah masuk Askar Wataniah berjuang menentang Bintang Tiga? Aku pernah bersama-sama berkorban demi sebuah kemerdekaan. Hey kawan! Neuron-neuron otak kanan dan otak kiriku masih berdenyut berfikir. Huh! Otak aku bukan tiga suku. Psycho! Bagiku ia masih sempurna. Penuh dan lengkap. Padat dan jitu. Di kaki 5 yang aku huni ini, aku berdiri sebagai seorang perakam, pemikir dan pencerita. Ya! Di kaki 5 ini, aku telah merakam seribu satu macam kisah anak bangsa melalui lensa penglihatanku. Gambar-gambar rakaman itu kusisip dalam album pemikiranku. Ingat kawan! Aku cuma sisipkan sebentar sahaja. Bukan menyimpannya berlama-lamaan. Mulut dan lidahku tidak pandai berahsia dan menipu. Lalu akan aku ceritakan semuanya pada manusia-manusia yang lalu-lalang di kaki 5 ini. Biar mereka buat resolusi tentang kegilaan-kegilaan di kaki 5 ini!

“Pak Mat gila! Pak Mat gila! Pak Mat orang gila!”

“Hey orang gila! Pergi mampuslah!”

“Eee…Jijik aku tengok lelaki tua tiga suku ni!”

“Eee…Busuknya! Loya! Mual tekak aku!”

Mereka bilang pakcik gila. Mereka jelek melihat pakcik. Pakcik tak marahkah? Kenapa pakcik selalu diam meski dihina begitu?

Mengapa aku harus cepat melenting? Aku cuma sekadar seorang perakam, pemikir dan pencerita. Bukan pendebat atau pembahas. Mengapa harus aku sia-siakan air liurku, berdebat dan berbahasa dengan manusia yang tidak mengerti nilai bahasa dan hemah budi? Mereka punya otak tapi tak punya akal. Gila! Huh! Malas aku mahu layan orang-orang gila seperti mereka.

“Pak Mat gila! Sampai bila Pak Mat nak tidur di kaki 5 beralas kotak? Lembu dan kambing pun tahu tidur dalam kandang. Ha…ha…ha…Pak Mat gila! Pak Mat tiga suku!”

Mereka keji pakcik! Pemuda-pemuda sial itu menghina rumah dan alas tidur pakcik. Hairan. Pakcik masih mampu bersabar.

Bersabar itu separuh daripada Iman. Kau tak mahu jadi orang beriman? Sudah berapa kali mahu kubilang padamu. Aku tak gila. Mereka yang gila. Biarlah aku tidur di kaki 5 beralas kotak daripada hina seperti mereka yang tidur menyewa motel. Tidur beralas tilam, bersedap-sedapan dengan perempuan-perempuan yang maruah diletak di tapak kaki. Sudah kukatakan, aku perakam, pemikir dan pencerita kisah anak bangsa di kaki 5 ini. Aku kira aku lebih mulia berumah di kaki 5, di tepi longkang yang busuk daripada hina bergelumang noda di tilam empuk, di motel berhawa dingin. Nah! Siapa yang gila! Aku atau pemuda-pemuda itu?

Kegilaan lelaki pada perempuan tidak pernah pupus sejak zaman Tok Adam lagi. Mereka sudah gila! Sudah lama jadi gila! Lelaki dan perempuan yang siang malam asyik lalu-lalang di kaki 5 ini semuanya gila! Tanpa segan silu dan tanpa malu mereka berpelukan. Kejap dan mesra. Bibir bertemu bibir. Lalu naik ke motel, tingkat dua di bangunan yang hampir dengan rumahku- kaki 5. Jelek! Kerana itu aku tidak pernah menangisi mahupun meratapi kala mereka menghinaku dengan perkataan gila itu. Kau tahu, aku ketawa dan mengeji dalam hati. Mereka itu lebih gila, hina dan jijik. Aku kira aku lebih berotak, berakal dan bermaruah. Tahu menilai antara kegilaan maknawi, hakiki dan batini. Manusia tenggelam dalam kegilaan syaitan dan nafsu. Sayang! Orang-orang gila itu sering menuding jari kepadaku sedangkan mereka tidak pernah sedar akan kegilaan yang sedang mengamuk membunuh iman mereka.

“Pak Mat gila busuk, pengotor. Anak-anak kecil pun tak sanggup menyarung baju compang-camping yang dipakai kamu. Eee…busuk! Jijik!”

Pakcik perlu keluar dari kegilaan ini. Hentikan dan buktikan pada perempuan-perempuan kota itu!

Aku sudah mangli. Mangli dengan cemuhan. Seorang perakam, pemikir dan pencerita tidak harus cepat mengalah hanya kerana cemuhan dan kejian. Orang yang cepat putus asa dan kecewa hanya kerana teguran adalah orang yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Aku tak gila! Pakaian yang kupakai ini lebih mulia berbanding perempuan-perempuan itu. Yang gila glamor dan publisiti, punya wang berguni-guni dalam simpanan tapi masih menyarung kain pendek separas lutut. Memakai baju terpelahang di dada. Tidak cukup kain atau duit sudah kehabisan dek bercanda di malam pesta Tahun Baru? Ha…ha…ha…

Tapi sampai bila pakcik sanggup menadah telinga, mendengar setiap cemuhan mereka. Marilah pakcik…Saya bawa pakcik menikmati keindahan dunia yang lebih bersih dan indah.

Aku termangu. Pemuda itu membeliakkan mata menanti jawapan. Aku sebetulnya masih kasihkan kaki 5 ini. Di sini aku belajar jadi perakam, pemikir dan pencerita yang hebat. Wah! Dari seorang askar kepada seorang pemikir. He..he..he.. Nantilah aku pertimbangkan pandanganmu, ya!

Kau tahu, prempuan-perempuan itu berkata aku gila, busuk dan kotor lalu aku ketawa dalam hati. Mereka mawar yang cantik dan wangi di luar, tapi patah durinya dan madunya sudah jadi hampas. Jadi lebih baik aku terus busuk dan kotor begini daripada wangi dan cantik seperti mereka. Mungkin kerana itu aku jadi buta pada busuk dan kotor. Pengertian manusia tentang busuk dan kotor terlalu sempit jika mahu dibandingkan dengan cara aku mentafsir busuk dan kotor. Aku kan perakam, pemikir dan pencerita! Biar aku busuk dan kotor di luar, tapi wangi dan cantik di dalam.

Semalam berhadapan dengan rumah aku- Ya! Di hadapan kaki 5 ini, berlaku kejadian tembak-menembak di bank. Seorang lelaki segak berkot mati terkangkang di dalam longkang. Gila! Mereka berbunuhan hanya kerana wang. Ada apa dengan wang? Hey kawan. Pastilah ada sesuatu dengan wang. Wang punya nilai di mata manusia. Hatta di mata manusia seperti aku, wang punya nilai yang tinggi. Tapi bukan yang tertinggi. Kerana aku tidak mahu jadi seperti manusia-manusia gila yang meletakkan wang, harta, pangkat dan nama sebagai tuan. Nah! Kalau kegilaan terhadap wang menguasai aku, pastilah dulu aku tidak bisa jadi askar. Pasti aku sudah jadi tali barut Bintang Tiga. Gila pada wang lalu mengorbankan maruah sendiri. Belot pada agama, bangsa dan negara. Eee…jijik aku memikirkannya. Lebih baik miskin daripada mati katak dan hina kerana wang.

Aku tak mahu jadi manusia yang gila wang seperti mereka. Hidup keluh-kesah kerana bimbang wang dan harta yang berlambak dalam simpanan suatu hari akan dirompak. Tidak pun anak atau isteri diculik dan dijadikan tebusan untuk wang berjuta ringgit. Kerana itu kukira lebih aman hidup begini. Bebas dari ketakutan dan ancaman. Kegilaan manusia terhadap wang menyebabkan mereka lupa pada tuntutan agama. Takut untuk membayar zakat walau mereka sedar sebahagian daripada harta mereka itu adalah hak fakir miskin yang perlu dilunaskan.

Orang kaya suka berhutang dan selalu lupa pada hutang. Tadi, di hadapan aku mereka bertengkar tentang hutang. Ceti dan along terus mengamuk. Huh! Terlalu banyak kisah yang perlu aku rakam, fikir dan cerita. Di kaki 5 ini, aku terus memerhati. Ramai sang kaya yang sudah botak kepalanya memikirkan strategi untuk jadi lebih kaya. Mengaut harta dan wang sebanyak-banyaknya. Aku mahu tanya. Boleh bawa ke liang kuburkah wang yang berjuta itu? Gila!

Saya mahu bawa pakcik keluar dari kegilaan ini. Yuh! Mari berangkat ke daerah waras. Manusia-manusia itu akan terusan mengejek dan menghina pakcik andai pakcik masih tidur di kaki 5, berpakaian kotor dan busuk seperti ini. Hanya orang gila sahaja yang layak menghuni kaki 5 ini.

Aku terkesima. Huh! Dia pun sudah tidak memahami aku. Sampai hati dia menganggap aku gila. Benarlah! Manusia hanya celik menilai zahiri tapi buta menilai batini. Manusia melihat dengan mata luaran tapi gagal melihat sesuatu dengan mata hati. Aku tidak gila! Hey…hey…hey…Dulu aku pejuang kemerdekaan. Kamu harus berterima kasih padaku wahai anak merdeka. Lalu hari ini aku cuma mahu jadi perakam, pemikir dan pencerita. Salahkah andai adakala aku jadi penyanyi jalanan. Adakala jadi pengemis kalau perut aku sudah berkeroncong. Adakala jadi penyair. Adakala jadi penulis. Aku ingin hidup dalam duniaku. Dunia yang jauh dari hiruk-pikuk kehidupan manusiawi yang gila dan bercampera.

Aku takut benar dengan dunia sana. Aku mendengar pelbagai kegilaan terjadi. Kegilaan nafsu bapa terhadap anak sendiri. Kegilaan nafsu datuk terhadap cucu sendiri. Kegilaan nafsu anak terhadap ibu. Kegilaan nafsu lelaki terhadap kanak-kanak. Cumbu-cumbuan di mana-mana lalu bukti membukit di perut. Dek takut dengan cemuhan masyarakat, bukti itu dilempar bak sampah. Nah! Siapa yang lebih gila? Aku atau mereka? Buat resolusi sendiri wahai kawan!

Pakcik perlu keluar dari kaki 5 ini! Buka mata melihat dunia luar. Lantas pakcik akan sedar bahawa dunia ini jauh dari kegilaan-kegilaan itu.

Aku sedikit tersentak dengan hujaman kata-katanya. Mahu sahaja aku menempelaknya. Tapi aku tak berdaya. Biarlah…Dia sahaja yang kurasakan tidak gila di kaki 5 ini. Waras! Dia kerap menjenguk aku di kaki 5 ini. Kadang-kadang datang bawa nasi bungkus berlauk ayam kegemaran aku. Entah dari mana datangnya pemuda ini, aku sendiri kurang pasti. Biarlah…Asalkan ada orang yang sudi beri aku nasi bungkus berlauk ayam. Ha..ha..ha..

Mahu saja aku tanya padanya, dunia luar sana jauh dari kegilaankah? Wujudkah dunia luar yang jauh dari kegilaan manusia meratah manusia lain? Yang jauh dari kegilaan kepada darah? Wujudkah dunia seperti itu? Manusia berkuasa sudah ramai yang gila. Mereka berperang, dahagakan darah. Mereka gilakan tanah, minyak dan kuasa. Lalu mereka berbunuhan dan tidak menghiraukan peri insani. Oh. Betullah! Dia anak merdeka. Tidak pernah merasa seksa dan azabnya perang. Tapi bagi aku…Tahu makna perang. Tahu erti berjuang. Anak dan isteriku mati diseksa Bintang Tiga. Gila! Gila! Gila!

Pakcik jangan berfikir lagi. Saya mahu bawa pakcik keluar dari kaki 5 ini. Tidaklah pakcik asyik mencari resolusi tentang kegilaan-kegilaan manusia di kaki 5 ini. Dunia ini luas. Pakcik perlu melangkah ke alam yang lebih waras.

Kau pun tahu aku sudah sebati dengan kaki 5 ini. Aku mahu terus bekerja sebagai perakam, pemikir dan pencerita di sini. Aku masih sayang untuk berpisah dengan Sudin, pemain gitar yang buta. Aku takut nanti aku rindu pada Ramli, si penyair tempang. Atau nanti kala dinihari, aku menangis mengenangkan Ayu dan anak kecilnya, si peminta sedekah.

Ini peluang baik untuk pakcik mengubah hidup. Pakcik mahu habiskan sisa-sisa tua di kaki 5 ini? Siang berpanas. Malam berembun. Hidup dalam kebusukan dan meloyakan. Dicaci, dicemuh dan dihina seperti binatang. Yuh! Saya bawa pakcik ke dunia yang lebih luas, dunia yang lebih waras.

Aku tersentak. Perlukah kutinggalkan rumahku?- Kaki 5 ini? Perlukah aku bercampur dengan kegilaan-kegilaan manusiawi itu? Arghh!

Saya bawa pakcik keluar dari sini. Ke rumah baru. Di sana pakcik akan dapat baju baru, yang wangi dan bersih. Pakcik akan jumpa ramai kawan. Makan makanan yang enak-enak. Pakcik tidak usah hidup melarat lagi. Baiklah. Pakcik cuba dahulu. Kalau pakcik tidak suka, pakcik boleh kembali ke kaki 5 ini.

Aku tersengih kala mendengar opsyen yang diberi- Kalau tidak suka dengan rumah baru, pakcik boleh kembali ke kaki 5 ini. Lalu aku mengambil keputusan mencuba dahulu dan pemergianku diiringi esak tangis Sudin, Ramli dan Ayu serta anaknya yang bogel tak berbaju. Dengan kepiluan mencengkam, aku melangkah mengikut dia, ke rumah baruku- seperti katanya.

Berdiri di hadapan rumah baruku, aku terpana seketika. Wah! Rumah baruku cantik sungguh! Lamannya penuh dengan bunga-bungaan. Lantainya licin dan berkilat. Perabotnya cantik. Ada kipas dan lampu. Wah! Ada televisyen! Di kamar tidur, ada katil, tilam, bantal dan selimut. Aku tersengih. Benar. Rumah baruku cantik dan bersih berbanding rumah lamaku dahulu.

Lantas aku bertanya dia. Rumah akukah? Dia tersenyum lalu mengangguk sedikit. Aku tersengih lagi macam kerang busuk. Dia memimpin tanganku ke suatu ruang. Di sana ada ramai manusia tua sepertiku sedang makan. Aku bertanya dia sekali lagi, mohon kepastian. Rumah akukah? Dia tersenyum. Sinis aku kira. Ini rumah orang-orang tua, pakcik. Rumah ibu bapa yang ditinggalkan anaknya. Rumah orang-orang tua yang melarat dan terbiar. Yang tidak mahu dijaga lagi oleh anak-anak mereka. Rumah orang-orang tua yang dikatakan oleh anak-anak mereka, ibu bapa ini menyusahkan dan membebankan. Lalu mereka hantar ibu bapa mereka ke sini untuk menghabiskan sisa-sisa penghidupan.

Hah!? Kali ini aku ternganga. Menampakkan barisan gigiku yang rongak. Wah! Luas dan waras ya dunia yang kau tunjukkan kepadaku. Gila! Gila! Gila! Kegilaan ini sungguh dahsyat. Terlalu! Anak membuang ibu yang melahirkan. Anak membuang bapa yang mencari rezeki. Ibu dan bapa dianggap sebagai beban. Rupanya manusia sudah ramai yang gila dan kegilaan ini padaku adalah yang paling dahsyat dan menakutkan. Mereka tidak sedarkah bahawa mereka tidak akan memiliki redha Allah jika mereka gagal memiliki redha kedua ibu bapa?

Hey…hey…hey…! Inikah dunia waras yang ingin kau tunjukkan padaku? Dunia yang jauh dari segala macam kegilaan? Huh! Ternyata kau silap dan resolusiku selama ini benar. Di mana-mana sahaja ada manusia gila, mereng, tiga suku. Hantar aku pulang ke rumah lamaku- Kaki 5. Aku tidak ingin tinggal dalam kegilaan yang maha dahsyat ini!


Ghafirah Idris


p/s: aku tahu kau juga gila kan??

24 Februari 2004

Perlis


Thursday, October 29, 2009

Bila aku dan Dia....



Bila manusia halang pertimbangan diri..maka berkepul-kepulah asap jin keluar menghiasi muka bumi yang ketandusan udara ini.. hilangkan tekanan yang melanda jiwa..menghindar masalah di kepala, alangkah bodoh dan jahilnya alasan yang sedia bodoh itu,,hisap dan hisaplah sepuasnya...aku beli aku hisap aku telan aku makan aku mati...apa kau nak sibuk..kan kubur lain-lain,,itu jua alasan aku,dia dan kau sendiri...boleh!!! boleh!! boleh berubah tapi bila???? yes bila dah nak mampus...

p/s: pesanan untuk aku,dia dan kau!!!

Tanpa Suara: Part 2


Teruk betul la dia nih..fail yg ke 20 kali..beshh!!!...

Dalam Otak aku...


tengok,dengar dan fikir..

Bahasa Terindah ~ A. Samad Said

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

~ Dato’ A Samad Said

Sunday, October 18, 2009

Tanpa Suara: part 1


Aku biar gambar ja yang bercerita....kalau pandai cubalah teka...

Saturday, October 17, 2009

Support Arts 4 Aids!!!

Prostar Malaysia dan Angkatan Pelukis darul Ridzuan telah menganjurkan Art for Aids yang mana memerlukan penyertaan dari seluruh pengiat seni yang menyokong seni untuk aids ini. Melalui pertandingan sebegini diharap seni dapat menyedarkan masyarakat perihal keadaan sebenar pesakit dan pengidap Aids. Aku turut menyumbangkan karya aku dalam program tersebut. Bukan berharap memenangi sebarang hadiah atau penghargaan hanya sekadar menyokong dan memartabatkan lagi seni itu pada mata masyarakat Malaysia. Rajin-rajin bolehlah ke Blog rasmi Art For Aids dan boleh la komen sikit karya aku kat situ. Nak kutuk pun aku tak kisah beb....sila-silakan lah janji support Art, tanpa art hidup anda tak bermakna.

Monday, October 12, 2009

aku tunjuk dia....

Bukan ku sengaja nak tunjuk dia....
mungkin perasaanku..
mungkin juga nafsuku...
kebuntuan ini ternyata satu kecelaruan bagiku..
mungkin pilihan mungkin juga paksaan...
kadangku tak peduli semuanya kerana itu hidupku..
aku bebas atas hidupku..
biarlah masa,biarlah takdir...
bukan salah takdir tapi salah aku..
yang salah pada takdir...

Monday, October 5, 2009

Bila anjing menyalak Bukit.....


Tajuk post ini tidak ada kena mengena dengan gambar yang di bawah.....



Hidung dicucuk, mata dibutakan...
Kita berjalan tali ditarik..
Hidup jadi tunggang terbalik..
Sudah nasib si 'rakyat'(hamba) menjerit...
Dalam politik kita berkata...
hidup sudah tiada guna...
apabila masyarakat berlumba-lumba...
siapa dapat dia yang punya...
Dia kaya dia yang kaya...
orang lapuk apalah guna...
Bagai lembu ditarik pula..
Sudah lumrah resam dunia.

Thursday, September 17, 2009

The Bernam Geng




Warga bernam telah melancarkan blog 'The bernam geng' bagi menyampaikan pandangan dan buah fikiran berkaitan Seni dan kehidupan. Sudikanlah melawat blog ini....the bernam geng

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT JUGAK AKHIRNYA...

Dengan ucapan selamat hari raya..maafkan segala ucapan dan perkataan aku yang agak lucah dan menyakitkan hati sesiapa sahaja tak kiralah mak long ke, mak ngah ke, kak cik ke, awek2 mahupun pokcik dan mokcik ..harap-harap di hari raya nanti dapat lah sesiapa kiranya yang sudi memberikan aku duit raya, kasihanilah diri yang tidak berduit ini. Terima kasih bebanyak buat semua yang sudi melawat rumah aku ini..selalulah menjenguk-jenguk aku di sini...

Kalau makan ketupat dan rendang tu berhati-hatilah kerana takut kiranya anda ditikam dengan buluh runcing oleh brader2 indon kerana rendang itu telah dicop oleh mereka..anda cicahlah ketupat dengan susu mahupun gula sahaja..Buat sahabat-sahabat blog terutama brader eddie dewanaga, gua (syazman simon), miss yoro okino, mama rempit dan semuanya sekali aku ucapkan selamat hari raya...berhati2 di jalan-jalan yang ada hantu raya nanti anda telibat dengan kemalangan jalan raya siapa susah, kesian tak boleh raya...sekian selamat hari raya..(aku ucap awal2 ni sebab dah ready nak balik kampung menghitung hari ja ni)

Sunday, September 6, 2009

Ada Apa dengan 6 sept????

Walaupun tarikh ari ni ari gua mula tengok dunia ni tp setiap kali tiba ari ni banyak perkara yang mengatalkan tulang keting gua dan menyakitkan pankreas gua..ditambah pulak dgn history2 yang tak sedap diingat pasal tarikh nih..jangan tanya kenapa....

last tragedi malang 6 sept: lokasi bazar cari lauk: sial punya mak cik indon... daging 3 keping.. besar kuping kaki 3 inggit dia jual...
(dialog gua termasuk 2 lagi kanak2 tmn bernam)

Sunday, August 30, 2009

Suka suki..

On the spot punya kerja..ari tu nak submit ari tu jugak la dalam kelas tu gua buat (budak2 tmn bernam pn sama jgk) menggunakan bahan2 yang sedia ada..nasib baik kepala kartun blog gua ni ada lagi..gua taruk ja. nasib baik jugak sebab tak kena rijek..sbb ramai yg kena rijek.hohoho nasib2 si pemalas...

Wednesday, August 26, 2009

Malasnya gua!!!!!!



kenapalah gua malas sangat..why!!! why!!!!!!!!!.......

Sunday, August 9, 2009

Dunia yang hidup...


Mungkin mereka yang berkuasa dan berpengaruh itu tidak sedar yang pernah suatu ketika mereka juga pernah merangkak dan menangis. Mereka juga mungkin tidak sedar yang ketika itu ibu dan ayahlah yang menjadi tempat mereka bergantung hidup, tempat mereka mendapat sesuap nasi. Mungkin sekiranya mereka sedar mereka akan mengerti bertapa bernilainya erti kasih sayang dan hormat menghormati sesama manusia yang mana kerap kali mereka lupakan..
mereka juga mungkin tidak menyangka bahawa hidup itu lebih indah dari apa yang mereka kejar-kejarkan sepanjang kehidupan mereka....

Saturday, July 25, 2009

Dia tengok kita...dia jeling mata...

salam berbahagia..yeah..aku kembali mengegarkan industri perbankan dengan cerita-cerita yang agak logik dan masuk di akal..post kali ni aku nak berkongsi sebuah lagu paberet aku yang sememangnya dah lama aku cari lagu tu dan baru-baru ini aku telah bertemu kembali dengan lagu yang aku cari-cari selama ini.. lagu klasik la pa lagi. Pernah dengar lagu puteri remaja? nyayian Jasni..pertama kali aku dengar lagu tu masa sekolah rendah dalam cerita keluarga 99 (nk tengok cari kt you tube) tapi bukan di nyayikan oleh penyanyi asal Jasni sebab lagu tu digubah dan dinyayikan semula oleh salleh yaakob..meh try layan dulu lagu tu...



Layan

lirik: puteri remaja

eh! dia tengok kita,
eh! dia jeling mata,
aduh mak senyum lagi
amboi nona manis sekali

dia mengenyit,
amboi mak, aku dicubit,
siapa dia oh puteri remaja,

eh! dia malu malu,
di balik selendang yang biru,
dia senyum padaku,
itulah gadis impianku...


pada sesiapa yg tak berapa nak tau tu penyanyi asal lagu ni Jasni bapa kepada Allahyarhamah Roseyatimah dan suami kepada Neng Yatimah


Petikan temu ramah penerbit rancangan Senandung Lagu Lama (Radio Singapura) dengan Jasni pada keluaran Sabtu, 12 Ogos 1987.

Ketika ditanya bila beliau mula menyanyi, Jasni menjawab: "Saya mula menyanyi dalam tahun 38.

Bila pula Pak Jasni mula merakamkan lagu ke piring hitam?
Tahun itu jugalah, tahun 38.

Apa punca yang menyebabkan Pak Jasni diberi peluang untuk merakamkan lagu ke piring hitam?
Kerana pada tahun 38 tu di Singapura ada peraduan keroncong. Jadi pak cik telah memenangi peraduan tu, maka dipanggil untuk menyanyi dalam rekod empat lagu sebagai trial-lah.

Apa lagu-lagu tu pak cik ingat lagi tak?
Lagu-lagu yang pak cik nyanyikan itulah Pemuda Tanah Malaya, Diriku Yang Miskin, yang lagi dua tu saya tak ingat.

Dari tahun 38 hingga tahun-tahun seterusnya berapa banyak lagu yang Pak Jasni nyanyi kesemuanya sekali?
Lebih kurang barangkali 70 atau 80 lagulah. Lagu-lagunya Selamat Pengantin Baru, Jauh Dari Mata, Sumpah Palsu, Rindukan Bunga, Tertawan, Tari Selendang, Nona Kebaya Merah, Apa Dosaku, Bunga Kesuma, Sayang-sayang, Gadis Melayu, Diriku Yang Miskin, Gadis Bandung, Mimpi, Apa Yang Disusah, Siapa Itu Memandang Aku, Baju Biru, Tudung Saji, Puspa Hati dan Bunga Mawar. Itu yang pak cik ingat.

Dalam banyak-banyak lagu tu yang mana satu yang paling popular?
Yang popular sekali Nona Kebaya Merah, yang kedua Selamat Penganti Baru, ketiga - Jauh Dari Mata.

Ada tak pak cik nyanyi di kelab-kelab hiburan misalnya?
Pak cik ada bekerja sebagai penyanyi dalam kabaret Happy World dulu, sekarang Gay World.

Dalam banyak lagu yang Pak Cik Jasni rakamkan ke piring hitam berapa banyak seni katanya Pak Cik Jasni tulis sendiri?
Boleh dikatakan semua lagu yang saya nyanyikan itu saya sendiri tulis dan saya sendiri karang.

Pernah tak Pak Cik Jasni merakamkan suara untuk lagu-lagu filem?
Boleh dikatakan setengah daripada filem-filem Melayu selain daripada P. Ramlee menyanyi tu pak ciklah menyanyi dalam suara latar belakang Yusoff Latiff, Ahmad Mahmud, yang lain-lainlah mana yang tak boleh menyanyi dia orang panggil pak cik menyanyilah.

Tentang lagu-lagu yang pak cik nyanyi berduet dengan Lena, Momo dan lain-lain lagi, Pak Cik Jasni ingat tak lagu-lagunya?
Pak cik ingatlah satu dua lagu pak cik boleh cakap. Nyanyian Asmara pak cik duet dengan Lena, Juitaku Sayang pak cik duet dengan Lena, Tari Selendang duet dengan Momo, dan Sumpah Palsu duet dengan isteri pak cik sendiri Neng Yatimah.

Tentang lagu-lagu lama yang dirakamkan semula Jasni berpendapat:Lagu-lagu lama kalau dibikin cara baru tentu lebih baguslah. Sebab tentu akan tersebut nama-nama orang yang menyanyi, orang yang mengarang dikenang kembali bukan? Memang ada baiknyalah.


sumber:http://hamlau.proboards.com


Terasa mcm diriku berada di zaman 40-50an..klasik yang amat tika mendengar lagu nih..Siapa yang nak dengar lagu asal dari jasni leh cari kat you tube sbb aku tak leh dan tak tau cmna nak download mp3 dia kat sni (lagu versi lama lagi layan)..layan ja lah pokcik.




Thursday, July 23, 2009

Think thing!!


Beberapa ari yg lepas budak-budak taman bernam yang tak berapa nak ensem 2 ada mencadangkan aku wat satu bisnes yg bleh bagi duit poket setelah beberapa minggu berjoli menghabiskan duit Ptptn..tp fikir-fikir balik bisnes apa yg aku nk wat???

prnah jugak aku fkir nk wat bisnes jual bju sendiri print sendri tp modal plak xda aku sorg ja mana bleh jln..aku sebenarnya dah malas nak meneruskan perkidmatan mendesign 2 sebab last skali satu habuk pn tarak setelah mcm2 janji yang ditaburkan padaku...aku nganga ja la!!

klau nk wat baju nk ke org beli baju 2 nti??? satu persoalan yg aku sndri pn xtau apa jawapanya..mna aku nk cari modal 2 smua? nk pnjam ah long kah??.........dan jawapan yang aku dapat dari pemikiran aku itu...( tdo la esk2 la aku pkir...)

Thursday, July 16, 2009

Otai Komik!!


Setelah hampir dua bulan aku biarkan blog ni bersemut kali ni aku nak berkongsi skit pasal seorang pelukis yang sememangnya berkebolehan dan berbakat. Aku rasa kalau peminat seni yang mengikuti seni sejak azali lagi mesti kanal ngan tokoh yang aku nak cita nih. Kat bawah ni ada sebahagian dari penulisan aku pasal beliau yang mana aku jadikan sebahagian daripada kajian aku beberapa tahun yang lepas..



Gopa ketika di awal penglibatannya dalam bidang seni


Gopa atau nama sebenarnya Abd. Ghafar Bin Bahari merupakan salah seorang perlukis Malaysia yang popular sekitar zaman 80an hingga 90an. Nama beliau sebaris dengan perlukis-perlukis seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Azman Yusuf, Yamnin Daud, Khuzaie, Rosli Hamid, Nik Abdullah dan beberapa lagi perlukis tanah air. Gopa merupakan nama singkatan bagi perkataan Gabungan Orang Paling Aktif yang di berikan kepada En.Gopa. Gopa dilahirkan pada 26 Jun 1957, di Kangar Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menegah Kebangsaan Dato Dato Sheikh Ahmad, Arau, Perlis dan memulakan kariernya sebagai seorang pengiat seni dengan melukis komik. Semasa kecil beliau menetap di Kampung Bohor Inai, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar, Perlis bersama-sama dengan kedua-dua orang tuanya.

Banyak pengalaman yang terpaksa ditempuhinya sebelum berjaya menjadi salah seorang daripada pelukis Malaysia. Menurut dari cerita beliau sendiri, sebelum bergelar perlukis beliau hanyalah seorang anak kampung yang berkerja sebagai penoreh getah, petani dan pernah juga menjadi perkerja buruh di Ladang Tebu, Chuping. Bapanya En. Bahari ketika itu hanya berkerja sebagai seorang tukang kayu. Menurut beliau lagi, selepas gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM beliau merasakan harapanya untuk bergiat dalam bidang seni sudah tertutup rapat, namun mengikut pepatah melayu tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, bergitulah yang terjadi kepada beliau apabila melalui lukisan yang yang dilukis dan dihadiahkan kepada seorang sahabat ketika hari perkahwinan sahabatnya itu, beliau didatangi oleh seorang pegawai belia yang menawarkan untuk mengikuti kursus sebagai pelukis iklan di Alor Setar, Kedah.

Gopa mula menjadi pelukis iklan di Ruslin Evertising House dan hanya diberi gaji sebanyak 40 ringgit hingga 60 ringgit sebulan. Selepas berkerja selama setahun beliau di beri kepercayaan untuk membuka syarikat pengiklanan di tempat asalnya iaitu Perlis. Namun usaha untuk membuka syarikat pengiklanan tersebut gagal apabila beliau kurang yakin dengan pengalaman yang dimilikinya. Menurut Gopa lagi pada ketika beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis, dan melalui hasrat tersebut beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1979. Bebekalkan wang simpanan sebanyak 30 ringgit beliau tinggal bersama bapa saudaranya iaitu A.Rahim Abdullah yang kini merupakan seorang penulis. Ketika berada di Kuala Lumpur beliau berusaha keras mengasilkan lukisan untuk dihantar kepada Majalah Dewan Bahasa, melalui pakciknya sendiri yang baru sahaja manjadi editor Dewan Bahasa pada ketika itu.


komik pertama gopa yang diterbitkan


Karya pertama beliau yang bertajuk ‘Pemintaan’ tersiar di Majalah Dewan Bahasa ketika itu. Beliau juga turut mambawa lukisan dan karyanya ke beberapa syarikat penerbitan seperti Varia Pop, Pustaka Antara dan Amir Enterprise di sekitar Chow Kit, namun kebanyakan hasil karyanya ditolak. Gopa kemudianya menjalani temuduga di syarikat penerbitan Adabi di Jalan Pantai Baru, melalui bapa saudaranya En. Rahim. Sewaktu menjalani sesi temudugu beliau terpaksa bebohong dengan menyatakan bahawa beliau pandai membuat grafik (Layout) dan tana banyak bicara beliau terus diterima berkerja dengan gaji sebanyak seratus enam puluh ringgit sebulan. Baginya gaji yang diterima ketika itu amat memadai bagi seorang pemuda kampung sepertinya.


Diantara komik terawal Gopa

Sewaktu berkerja di syarikat tersebut beliau mengambil kesempatan ke Creative Enterprise iaitu pejabat Majalah Gila-Gila yang amat popular ketika itu, Tujuanya ialah untuk berjumpa dengan Mishar yang merupakan salah seorang daripada pelukis Gila-Gila. Beliau banyak belajar daripada kartunis dan pelukis komik di situ, Sebagai perangsang, Misyar telah menghadiahkannya dakwat dan berus lukisan untuk beliau melukis komik dan kartun. Dari situlah timbul minat Gopa untuk menjadi salah seorang pelukis komik dan kartun ketika itu. Setelah syarikat Adabi tempat beliau berkerja bertukar tempat ke Taman Tun Dr. Ismail, beliau membuat keputusan untuk menghantar lukisan komiknya yang pertama yang di beri tajuk ‘Mona’ ke sebuah syarikat bernama Syarikat Media Seni Kepong yang ketika itu di urus oleh Yamin Daud, dan karya beliau terus diterima oleh syarikat tersebut. Di antara pelukis-pelukis Komik dan kartun yang bekerja di syarikat tersebut ketika itu ialah Kuzae, Rosli Hamid, Shaari AM, Nik Hassim MY, Zoy dan ramai lagi pelukis yang dikenalinya.

Menurut Gopa, bayaran tertinggi yang pernah beliau dapat sepanjang melukis komik ialah semasa melukis di Majalah Fantasi terbitan Creative, yang mana beliau telah di bayar sebanyak seratus ringgit untuk satu muka lukisan komik berwarna, manakala lapan puluh ringgit bagi lukisan komik yang tidak berwarna. Sehingga kini sudah lebih kurang lapan puluh judul komik yang telah dihasilkan Gopa. Antara majalah komik yang pernah menyiarkan karya Gopa ialah Gila-Gila, Humor, Kreko, Batu Api, Geli Hati, dan Majalah Toyol. Namun begitu, beliau bukanlah seorang pelukis tetap di majalah-majalah tersebut.




Ketika itu, beliau hanya mengendalikan Majalah di Adabi, dan bertugas sebagai pelukis layout bagi Majalah seperti Widya, Aktual dan Rintis. Selain itu, beliau turut melukis kartun, ilustrasi dan komik di majalah-majalah tersebut. Namun setelah lebih kurang dua tahun beetugas di Syarikat Adabi, beliau bertukar kerja ke Pustaka Ilmu Raya yang terletak di Gombak. Bagi beliau, semasa berkerja di Syarikat pemaju perumahan tersebut, pelbagai kesulitan yang terpaksa di hadapinya, salah satu daripadanya ialah beliau di paksa melukis pelan rumah dan terpaksa juga menjadi kerani menjual rumah. Baginya tidak semua pelukis pandai dalam semua bidang berkaitan lukisan seperti mereka letak pelan rumah yang terpaksa dilakukannya semasa berkerja di syarikat tersebut.

Peristiwa pahit baginya semasa berkerja di syarikat tersebut ialah beliau pernah di berhentikan kerja serta merta oleh pihak majikan kerana pihak majikan tidak membenarkan beliau melukis komik ketika itu. Perkara yang sama turut belaku pada isterinya yang mana turut berkerja di syarikat yang sama. Namun begitu, kuasa Allah mengatasi segalanya, beliau hanya sempat menggangur selama sehari dan ditawarkan kembali berkerja di Varia Pop oleh Ahmad Mahmud yang lebih di kenali sebagai Tamar Jalis. Di situ beliau bertugas sebagai pelukis ilustrasi untuk Majalah Varia Pop, Varia Filem, Varia Sari (Siri Bercakap Dengan Jin) dan juga turut berilusrtrasi dalam majalah keluarga dan buku masakan. Gopa juga turut bertindak sebagai penilai bagi menilai karya-karya kartunis baru untuk di siarkan di majalah tersebut antaranya kartunis Rossem, Juragan Middie dan ramai lagi kartunis tempatan yang baru mencari nama.

Selepas dua tahun berkerja di Varia Pop, beliau berhijrah pula ke Creative Enterprise iaitu syarikat penerbitan Majalah Gila-Gila yang ketika itu diuruskan oleh Jaafar Taib. Pada mulanya beliau berangan-angan untuk menjadi seperti kartunis Don yang popular dengan komik Pendekar Mata Tiga yang di terbitkan di Majalah Gila-Gila ketika itu. Ketika di Creative Enterprise Gopa di tugaskan untuk menjadi salah seorang pelukis di majalah Bambino dan belaiau turut juga menghantar kartun di Majalah Gila-Gila. Di situ beliau banyak belajar dengan Jaafar Taib dan Azman Yusof yang merupakan diantara pelukis yang terkenal ketiaka itu.

Bagi Gopa kejayaan yang bebekalkan displin yang tinggi itulah yang banyak membantu beliau dalam bidang seni . Empat bulan beliau berkerja di Creative Enterprise, beliau di tawarkan pula ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Bebekalkan pengalaman yang luas dalam bidang seni beliau menjadi pelukis komik di Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan pelukis-pelukis lain seperti Mohas, Hassan Majid, Dino, Ibrahim, Zainudin Jamil dan ramai lagi.Menurut beliau lagi, semasa bertugas di bahagian majalah bersama-sama Imuda, Sabri Yunus, Along, Mat Said dan kartunis Wahidi beliau didesak oleh saudara Imuda untuk berlakon bersamanya dalam pementasan teater yang bertajuk ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’. Pementasan yang mewakili Malaysia dalam Festival Drama Asia di Singapura dan Festival Seni Asia di Kuala Lumpur termasuk di Sabah dan Serawak tersebut memakan masa selama dua tahun, dan merupakan pementasan yang terpanjang yang pernah diikuti beliau. Gopa yang ketika itu memegang watak sampingan sebagai orang kampung hanya perlu menghafal satu dialog yang berbunyi ‘Dia duduk atas sarang semut’, beliau menyatakan bahawa sememangnya susah menjadi seorang pelakon kerana ada masanya terpaksa menerima ejekan dan penghinaan dari orang ramai.

Dalam pementasan drama beliau juga turut telibat sebagai krew, pengarah mekap dan jurulatih vocal. Namun begitu, nasib menyebelahi beliau apabila ditawar untuk memegang watak penting dalam drama Puteri Saadong, iaitu sebagai Maharaja siam. Drama Tari tersebut telah memaksa beliau untuk belatih menari selama sebulan dan akhirnya drama tersebut telah terpilih sebagai Juara Pertandingan Drama DBP Sekalung Seni, di Teluk Likas, Sabah. Sehingga kini beliau telah berlakon hampir empat puluh buah drama


Selain itu, Gopa juga turut bergiat aktif dalam bidang penulisan iaitu menulis puisi. Beliau telah menghasilkan dua buah buku kumpulan puisi ‘Bunga-bunga Rumput 2007 dan juga yang terbaru ‘lukisan pengembara 2008’. Gopa juga turut terlibat dalam menyampaikan puisi seperti di Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, Puisi Bosnia di Stadium Merdeka, Puisi Kosovo TV3, Minggu sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka dan banyak lagi termaksuk membaca puisi di Rancangan Anjung Budi dan Puisi Islam di RTM.

Daripada bidang pementasan teater Gopa melangkah pula ke drama TV dan filem seperti Drama sitcom 2x5, bersama-sama dengan perlakon seperti Imuda, S.Azli, Nasir Ali dan Effa Es. Beliau juga turut telibat dalam cerekarama bertajuk Hassan, Restoran Pak Ali, Orang-Orang dan beberapa lagi drama. Manakala dalam filem pula beliau terlibat dalam filem Ujang, Wanita Bertudung Hitam dan juga Mat Som.

Menurut cerita Gopa lagi, selepas menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1999, beliau telah di tawarkan menyambung pelajaranya di UITM dalam bidang Fine Art, sepenuh masa pada tahun 2000. Ketika itu beliau berumur 43 tahun dan segala wang pembelajaan semasa di UITM di tanggung sepenuhnya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengikut cerita Gopa beliau mula melukis figura manusia ketika berada di sekolah rendah darjah dua iaitu bermula dengan melukis kerakter seperti askar, Red Indian dan Cowboy. Manakala komik pertama yang dilukisnya semasa kecil ialah komik yang bertajuk Korok Pahlawan Rimba iaitu sebuah komik yang menyerupai kisah Tarzan yang hanya dilukis diatas buku sekolah. Ketika berada di darjah tiga beliau selalu mengambil upah melukis dengan rakan-rakanya di dalam kelas namun bukan dibayar dengan duit tetapi 5 helai kertas kosong sebagai upah melukis.

Semasa kecil Gopa amat meminati karekter Tarzan, yang mana ketika itu komik Tarzan sering di siarkan di akhbar. Menurutnya, beliau akan mengunting atau mengoyak keratan akhbar yang mengandugi komik tersebut. Selepas terkandas dalam SRP, sikap bapanya berubah apabila beliau terlalu asyik melukis sehingga lupa makan dan minum. Bapanya melarang beliau dari terus melukis dengan alasan bahawa beliau tidak boleh menjadi kaya hanya dengan melukis. Namun begitu beliau masih mengambil kesempatan untuk melukis ketika bapanya keluar bekerja.

Salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakanya semasa kecil ialah pengalaman memelihara 5 ekor anak harimau yang telah dijumpai olah bapanya ketika meneroka hutan. Ketika itu, beliau selalu berangan-angan untuk membawa anak harimau tersebut ke sekolahnya sebagai mengambarkan kepada rakan-rakanya bahawa beliau berkawan dengan harimau sama seperti karekter Tarzan di dalam komik. Namun begitu, menurutnya sahabat rimbanya hanya dapat hidup selama seminggu kerana tidak dapat meyuaikan diri.

Gopa yang kini bertugas sebagai pelukis di salah sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Dawama Sdn. Bhd, masih aktif dalam kegiatan seni termasuklah menulis puisi dan persembahan teater. Beliau yang gemar bercerita mengenai zaman kanak-kanaknya telah menulis suatu artikel mengenai kisah semasa zaman kanak-kanaknya.


*penulisan ini bukalah bertujuan untuk mencari keuntungan atau mengaibkan pelukis..ia hanya sekadar berkongsi sejarah pelukis serta mengimbau kembali sejarah pelukis-perlukis terawal m'sia..sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai9 seniman ni boleh ke blog Gopa ghafarartgallery.blogspot.com yang mana banyak memaparkan contoh karya-karya beliau seperti painting,abstrak, digital grafik dll. selain tu leh cuba ke blog puisi beliau gopabahari.blogspot.com

*Sumber penulisan dari ghafar bahari dawama sdn Bhd, myart host, ghafar-baharibiografi-penulisan ini adalah hak milik tepelihara penulis dan sebarang pengubahsuaian hendaklah dengan izin penulis.

Thursday, July 9, 2009

KEMBALI....

Salam..aku kembali dengan berita2 yang karut mengarut setelah bertungkus lumus membayar segala bil karen,air,internet yang telah dipotong..tingkiu buat semua yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ni...kalau ada sebarang pandangan atau komen boleh terus taip kat bawah ni ok..

Friday, May 8, 2009

Dan Akhirnya...

Akhirnya aku akan pulang ke tempat asal dan rileks sepuas puasnya...tingkiu buat semua yang sudi menjenguh blog aku yang tak berapa normal ni..mybe aku stop jap dari mengupdate benda nih..sebarang pertannyaan dan kritikan boleh di taip kat kotak sebelah tu..buat geng tmn bernam tingkiu dan hutang jangan lupa...jumpa lagi!!!


layan la gambar mengarut aku nih..ni la hasil masa mula2 pegang photoshop..(pelakon2 bdak tmn bernam)


Wednesday, May 6, 2009

YeS Aku memang buta Seni!!!

Akhirnya perhidmatan mendesign secara percuma aku tamatkan dengan perasaan yg agak mendukacitakan kerana terpaksa mengikut kehendak si Bob yg tak belajar seni..diibaratkan seperti aku mencurah dakwat di karya sendiri kerana terpaksa mengubah rekaan asal aku..yg asal mls nk letak dlm nih (ada ka semunya nak warna hijau termasuk backgroundnya sekali tak lojik betul) tp xda la aku letak backgroundnya hijau betul...maka inilah hasilnya pilihan si Bob..aku akhiri post ini dengan ucapan 'hang memang skema Bob!!..'

Sebarang kritikan mahupun kutukan sangatlah dialu-alukan..


Monday, May 4, 2009

RASA DIRI TU BERBAKAT??


Kalau sesiapa rasa diri tu berbakat melukis komik bolehlah menyertai peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009 anjuran perkomik melalui usahasama dengan Gundu..pertandingan ini bermula pada 25 April 2009 dan berakhir pada 25 Julai 2009...sebarang maklumat lanjut boleh terus ke ke blog Pekomik

Pendaftaran boleh terus dilakukan di web site Gundu dan anda boleh terus upload hasil karya anda di situ.. Jangan lepaskan peluang mempopularkan character hero anda di mata Dunia (cewah!!)..sokonglah industri komik Malaysia...Boring la baca komik luar ja...

Saturday, May 2, 2009

Malaysian Art Artist (Icon)

Salam..jarang aku mengupdate blog ni bukan aku xnk update tp aku sendiri pun xtau nk letak hapa dlm ni..walau apa pun Post kali ni aku nak cerita sikit pasal salah seorang daripada artis seni tampak malaysia..bukan artis hiburan ye kawan2. Artis yg aku mksudkan ialah Zulkifli Yusoff sekarang ni dah Prof madya, sekiranya anda merupakan pengikut dan pemerhati seni tampak negara ni semestinya anda kenal dengan artis ni….


Zulkifli Yusuf merupakan salah seorang daripada pengkarya pertama yang memperkenalkan seni kontemporari di malaysia. Beliau Dilahirkan pada 1962 di Yan Kedah dan mendapat pendidikan seni di Institut Teknologi MARA (1985 - 1989) dan Manchester Polytechnic, England (1989 - 1991). Kini ia bertugas sebagai Profesor Madya seni lukis di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Setelah hampir 20thun berkarya baru2 ni karya2 beliau telah diakui di dalam mahupun di luar negara kerana kebanyakan daripada karya2 beliau memaparkan nilai2 kemasyarakatan yang diispirasikan daripada kehidupan beliau sendiri. (skema betul ayat ini). .


Kebanyakan dari karya2 nya boleh dikatakan telah terkumpul di serata negara, dan boleh dijumpai di koleksi-koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara dan Galeri Petronas di Malaysia, Singapore Art Museum, dan Fukuoka Museum Art dan Hiroshima Art Museum di Jepun. Zulkifli Yusoff juga merupakan artis yg serba boleh yg mana beliau banyak menggunakan medium2 yg berbeza contohnya lukisan, cetakan dan arca jugak.


Pada tahun 1988, beliau telah menerima Major Award untuk kategori Malaysian Young Contemporaries bagi salah satu daripada karyanya yg bertajuk (untitled I) yg mana beliau menggunakan buah catur sebagai medium dalam karyanya..
Beliau juga telah menerima pengitirafan pada 1989 bagi karyanya Dari Hitam ke Putih dan Pada 1997, beliau mewakili Malaysia di Venice Biennale dengan penghasilan karya yg bertajuk, Don’t Play During Maghrib.


P.M Zul at Anugerah Akedemik Negara

Paling terbaru kerajaan Malaysia telah menganugerahkanya 'Anugerah Akademik Negara', yg merupakan penghargaan akademik yg tertinggi, bagi sumbangannya untuk seni tampak negara. Beliau ni mentor aku yg ikut aku msa praktikal nti tengk muka mcm serius ja..hahaha.rasa2 karya2 beliau made in tmn bernam jgk kot...nk tau lebih lagi pasal beliau dan karya2 beliau klik kt sini



Birch at Pasir Salak


Dari mata turun ke hati I