Thursday, June 23, 2011

Seni kematian!!


ish...hang ni apa cakap pasal mati ni dah buang tebiat ker?
ala muda lagi watpa nak fikir pasal mati?

ayat-ayat diatas merupakan diantara alasan yang aku terima dari kawan-kawan kalau aku bersembang perihal mati...dan ada yang diam seribu bahasa..memang kebanyakan dari kita terlalu takut untuk berbicara bersembang perihal kematian kan? cuba bagitau berapa kerap topik dalam sembang-sembang anda seharian memperkatakan tentang mati.. setahu aku selalunya apabila ada kemalangan yang melibatkan kematian adalah sedikit yang tersembang perihal mati ni kan.

meh sini aku nak cerita pasal seorang sahabat yang namanya lebih kurang macam aku jugak. beliau yang sejak dari keciknya lagi takut sangat perihal kematian. Mungkin ketakutan beliau salah satu sebabnya selalu di momokan dengan cerita-cerita tahyul di kaca tv. Ketakutan akan kematian terus menerus sehingga si sahabat tersebut dewasa..dalam fikiran beliau tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga ataupun beliau sendiri yang akan didatangi malaikat maut?....

Kejahilan beliau akan seni kematian terus bersarang di dalam hati...bagaimana ketakutan akan kesedihan, kehilangan terus menerus sehingga tak terbayang lagi. Sesekali beliau terfikir bagaimana sekiranya beliau kehilangan ibu bapanya...? stop!!!! cukup setakat itu beliau sudah tidak mahu membayangkan perihal tersebut.

Beliau tidak sedar yang kematian itu merupakan salah satu janji Allah yang pasti..sehebat mana, secantik dan sekuat manapun manusia tersebut...pastinya datang suatu hari yang akan menjadi titik pengakhiran bagi suatu permulaan iaitu kematian...

berbalik kepada sahabat aku tadi....ketakutan demi ketakutan akan kematian akhirnya datang juga menjengah hati dan jiwa sahabat ini...kehilangan salah seorang manusia yang pernah membersarkanya dari kecil hinggalah dewasa membuatkannya sedar bahawa janji Allah itu tetap pasti...tidak guna melahirkan dari ke sebalik gunung sekalipun...sekiranya sudah tertulis maka jadilah..

ketakutan yang hanya sekadar ketakutan tanpa sebarang tindakan memperbaiki diri merupakan salah satu perkara yang sia-sia..pernah terlihat melalui pembacaan yang mana salah satu perkara yang dapat membendung kita dari melakukan dosa ialah...ingat kematian..yup...aku yang menulis ini pun masih tak terbayang bagaimana keadaanya di alam sana..sedangkan diri masih jahil dan selalu lalai..melaksanakan suruhaNYA..

semoga ilmu tentang kematian yang dicari oleh sahabat ini menjadi suatu pemulaan kepada hidupnya mencari suatu pengakhiran atau Husnul khatimah yang diharap-harapkan...insyaallah...


memo: semoga kita dijauhi dengan su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk)

No comments: