Tuesday, January 18, 2011

Art for Aids2: meh vote ramai-ramai


Seni untuk Aids telah dianjurkan buat kali keduanya baru-baru ini. Tapi pernyertaan hanya yang melibatkan artwork yang berbentuk photography sahaja. Pemilihan telah dibuat dan hanya 10 foto yang telah dipilih juri. Pihak juri memerlukan undian bagi memilih pemenang petandingan kali ini. Jadi apa lagi kepada peminat-peminat art meh undi ramai2..support art!!!

nak vote masuk sini Art For Aids 2


Sunday, January 9, 2011

Apa pulak tu Haikal Sulaiman???

Salam buat semua... kenapa banyak sangat tanda tanya dalam tajuk entry aku ni? sebab aku kekurangan ilmu rasanya. Baik berbalik kepada persoalan, kali ni aku nak berkongsi sedikit info perihal keadaan yang sedang belaku kepada dunia kita ni, ,terutamanya dunia Islam. Korang nak baca atau tak ikut suka lah, aku tau ramai yang suka baca bab gosip artis-artis je kan. Kalau bab ilmu-ilmu ni sekali pandang je kan. Bukan nak cakap la aku pun camtu jugak terkadang..

Entry kali ni lari sikit dari dunia Art dan bukan setakat ilmu sejarah atau mitos atau cerita kosong saja tapi lebih kepada isu dunia Islam. Korang tau ke Al-Aqsa sedang dalam proses kehacuran?

akak salmah ponen: eh yeke? akak tak pasti la dik, kalau bab juara berlagu tu akak tau lah...akak sokong m.daud kilau je...
(dialog ni takda kena mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia)

Rasanya semua sudah tau yang Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Jadi apasal zionis pulak sibuk sangat nak rebut Al-Aqsa tu siap nak robohkan lagi? sebab menurut catatan sejarah (aku tau korang tak minat sejarah kan) tapak Al-Aqsa merupakan bekas peninggalan Haikal Sulaiman aka The SOlomon temple (wikipedia: sini) yang dipercayai didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s kira-kira 960 SM. Tapi kemudianya kuil itu dimusnahkan oleh bangsa Babylon setelah diorang berjaya kusai Juruseleem...tak berapa lama lepas tu tentera Parsi pulak berjaya kuasai Jurusalem dan mereka telah mendirikan semula Kuil tersebut. Sekali lagi Kuil tu dirobohkan oleh tentera Romawi pada 70 m, kuil tu diratakan terus sampai tak tinggal kesan langsung.

gambaran model Haikal Sulaiman

Haikal Sulaiman ni merupakan kuil pertama orang yahudi yang dipercayai akan menjadi pusat dunia yang akan didirikan bagi menyambut kedatangan Raja aka Big boss Yahudi siapa lagi kalau bukan Massiah atau dalam bahasa orang putihnya Messianic atau dalam bahasa yang paling popular Dajjal..yang korang minat sangat cerita 'Lord of the ring' tu Massiah la tu yang diibaratkan seperti peperangan islam-yahudi (perang dunia iii)..tapi dalam cerita tu yahudi yang menang kan? (tentera Gandalf tu yahudi la).....aku pun tengok..


filem ni mengambarkan hampir keseluruhan perihal Messianic salah satunya
one eye tu.

Orang yahudi-Zionis bersandarkan kpd tiga keyakinan perkara besar yang akan berlaku kepada mereka dan dua daripadanya dah pun berlaku. Pertama perhimpunan seluruh kaum yahudi bagi membina bangsa yang baru (dah ada kan), yang kedua pula merampas kembali Jurusalem dari umat Islam (dan pun terjadi) dan yang ketiga pembinaan Haikal Sulaiman (belum terjadi)...Aku pernah tengok dalam salah satu siri dalam History channel (tak ingat tajuknya) yang mana mereka mengkaji kemana hilangnya Tabut, salah satu benda yang diyakini sebagai mukjizat nabi musa a.s ( tabut keramat bagi yahudi), dalam siri tersebut sebuah terowong yang panjang digali di bawah Al-Aqsa. yang mana mereka yakin bahawa situlah tabut keramat itu berada. Banyak lagi usaha-usaha yang dilakukan zionis bagi meruntuhkan masjid Al-Aqsa (nak tau kena baca sendirilah).

Segala rancangan mereka ni dijangka dan sudah dirancangkan akan membawa kepada peperangan antara umat Islam dan yahudi-zionis (perang dunia iii aka Perang Armaggeddon). Dan menggikut propaganda-propaganda yang dicanangkan oleh yahudi dan barat suatu perkara besar akan berlaku pada tahun 2012 (tahun depan). Betul atau tidak Allah saja yang Maha mengetahui...

Jadi sebagai umat Islam bersedialah menghadapi pemulaan kepada pengakhiran fitnah akhir zaman. Jangan tau nak seronok ja...ramai yang dok beromen keja buat anak haram ja macam mana nak bersedia camtu?.. satu persoalan untuk difikirkan bersama bersediakah kita sebagai umat islam untuk berjihad dalam mempertahankan Islam????

panji-panji islam


sumber
: konspirasi galatik-Muhammad Nurani Maarif (2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Haikal_Sulaiman
the Arrivals eps 35 (tengok kt u-tube)


(memo: penulisan ini tidak menggunakan format penulisan yang betul dan banyak menggunakan bahasa pasar jadi penulisan sebegini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi.)


Thursday, January 6, 2011

Kampung boy Muzikal...best ke?


Siapa peminat Kampong boi angkat kaki!!!!

aku nak kata minat sangat tu...kecik-kecik dulu bleh lah...tapi sebagai art fanatic aku follow jugak..okeh bagi peminat kampung boi satu persembahan muzikal bertajuk "LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal" diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia & Tall Order Production akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 Mac hingga 3 April 2011.

Jadi sesiapa yang berminat dan berduit bolehlah tempah tiket awal-awal...tapi kalo anda tak berduit sebab getah sekerap dicuri orang tak dapek den nak nolong aihhh.....

Selain tu jugak ni ada berita baik bagi sesiapa yg minat berjoget....
ujibakat penari
"LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal' akan dijalankan pada 10 jan 2011 (isnin ni) pukul 2.00 hingga 7.00ptg bertempat di Lambang sari, Istana Budaya.

Kalau ada yang berminat dan rasa pandai berjoget tu bolehlah cuba...mana tau korang boleh jadi kartun pasni kan.

sebarang maklumat boleh tengok kat sini dia punya fb
atau kat sini

memo: tak sesuai kot org jadi kartun...






Wednesday, January 5, 2011

Patung gentayangan???


Salam...

Post kali ini aku nak preview sikit pasal art-art yang 'agak' pelik sikit yang dibikin oleh mat-mat salleh yang biasalah kurang sihat kepala hotak diorang. Bagi peminat dan bukan peminat Art layan je..sambil hangguk2 kepala...yeah!!yeah!!!


Patung gentayangan dibikin oleh Shain Erin
(klik utuk tumbesaran)


Mau gentayangan satu kampung simpan patung camni. rupa pun dan macam mak lampir dah...
nak tengok lagi patung gentayangan leh masuk sini


Lukisan catan yang 'agak' weird

Onus oleh Suzzan Blac


Breaking up oleh Scoot G.Brooks

the gift of perception oleh Andrew Jones

Laurie lipton

Nak tengok lebih lagi leh masuk kat sini Mowa museum

memo: patung tu hadiah kat anak ok tak?

Tuesday, January 4, 2011

Melayu boleh terbang???


ENTRI kali ni bukan berita pasal manusia ajaib atau mempunyai super power terhebat tapi lebih kepada pandangan foolitik daripada kacamata ‘aku’ (aku memang rabun ok). Aku bukanlah seorang fanatik kepada mana-mana parti foolitik yang ada kat Malaysia kerana aku lebih suka tengok dan lihat manusia-manusia terutamanya ‘Mer-Layu’ bergaduh dan berfitnah sesama sendiri disebabkan foolitik.

Memang aku tak sangkal bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan…betul kan? Yup…tapi yang aku lihat disini Islamnya Cuma 20 ke 30% yang diperjuangkan selebihnya hanya kearah perjuangan kroni-kroni sendiri. Mesti penyokong-penyokong fanatik merasakan ‘mamat ni mesti pencacai najib botak lah ni’….haha…. jangan silap sangka dari awal-awal lagu sudah aku katakan yang aku tidak terpengaruh dengan mana-mana dakyah parti foolitik kat Malaysia ni ok….

Beberapa tahun yang lepas-lepas pernah aku berforum dengan mahkluk-makhluk yang fanatik foolitik ni tak kira lah dari parti UMnoh barang baik atau pun Parti pakat-pakat Rakyat (hamba) .. apa yang aku perhatikan semua manusia yang amat fanatik ini mempunyai perangai yang sama iaitu tak boleh menerima pandangan orang lain.betul tak?..hahaha kadang-kadang nak tergelak pun ada sorang maki yang sini yang sini pulak maki yang sana. Yelah tapi betul jugak kan pemimpinya yang huduh perangai pun keja dok beromen ja mana la rakyatnya(hamba) tak macam beruk kena belacan.

Tapi ramai yang boleh tengok kenapa ramai sangat Mer-Layu ni fanatik sangat dengan foolitik? Mer-Layu yang atas-atas tu yang perut besar2 tu memanglah sebab periuk nasik dorang kan kalo tak mana nak dapat duit yang berjuta-juta tu kan…dari rakyatlah(hamba) dari mana lagi kan. Sebab tu la tiap bulan kalau boleh pak menteri nak naikkan minyak, Sebab untung boleh masuk poket sendiri kan.

BIla tiba masa tu ramailah rakyat-rakyat(hamba2) yang merungut dan marahkan pak menteri.’ Apa lah pak menteri sial ikut suka naikkan harga barang semua’ korang ni pun tak sekolah ke kalo pak menteri tak naikan harga minyak semua tu mana la dorang nak dapat duit nak g bercuti, minum2 ngan rakan2 nanti. Bangunan besar-besar tu nanti mana nak cekau duit ha mesti la mintak duit kat hamba-hamba semua…kan. Korang takda duit pun apa pak menteri nak peduli kan janji masyuk beb. Jadi apa penyelesaianya kalau nak elakkan perkara jahanam ni dari terus berlaku.?????

Ada yang cakap ubah kerajaan, pak menteri cakap ubahlah gaya hidup,..aku cakap ko kerjalah rajin-rajin nak tanggung anak bini......(nak tanggung kerajaan sekali) kan.....kalau ko nak ubah kerajaan pun ko buatlah sebab bagi aku apa yang nama kerajaan semuanya duit-duit.....

melayuman yang beraksi ala2 sivaji the boss..menghapuskan manusia2 yg gila duit

bak kata pepatah orang2 MLM (HARAM)...'DUIT BUKANLAH SEGALANYA TAPI SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT'....(aku benci pepatah ni)


memo: im proud to be malay....uuuuu...huhuhuhu

Sunday, January 2, 2011

Abang J2011


Siapa yang tak kenal Abang J ni kan.. Suaranya yang tip top sememangnya menjadi lagenda sampai sekarang. Bagi peminat-peminat beliau yang berduit sebuah konsert 'J2011 Lagenda' akan diadakan di Panggung Sari,Istana Budaya bermula 7 hingga 10januari 2011. sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh jenguk ke sini

nah preview sikit lagu abG J yang memang fav aku nih...



seniman menangis


memo: kalo sekerap aku tak kena curi memang aku p dah ni..