Tuesday, March 24, 2009

PENGEMBARAAN BERTEMU DATO' L

Di suatu pagi yang hening dengan hujan yang lebat-lebat ketika seluruh budak tmn bernam tengah syok tidoq kerana letih menyiapkan tugasan yg kebanyakannya tak siap sbb banyak main game n layan movie je...tiba-tiba aku telah terjaga sebab teringat yg aku ada date dengan 'Dato L' yang tak pernah kenal aku pn..dengan penuh semangat perjuangan harmoni aku bangun dan menyiapkan diri aku walaupun ketika itu hujan terus turun membasahi bumi yang ketandusan..perasaan bangga dan bongkak timbul dalam diri aku kerana itu lah kali pertama aku bangun lebih awal daripada warga tmn bernam yang lain..

Dengan semangat yg berkobar kobar aku melangkah menaiki kuda aku (moto) yang siap menunggu di depan rumah..turut bersama aku rakan seperjuangan yg hanya berniat nk markah bonus shj. Pengembaraan terus bermula, apabila samapai ke tempat yg dituju perasaan cemburu dan jeles aku timbul setelah melihat 'Dato L' bersama-sama dengan 4 lagi rakanya yang sedang sibuk bercakap dan barulah aku tahu bahawa aku telah lewat sampai dan 'date' tersebut telah berlangsung selama satu jam..rugi siot..


Kat atas ni intro je sebenarnya, aku nak citer pasal FORUM SENI KARTUN MALAYSIA yang mana telah di pengerusikan oleh Prof Zack (Zakaria Ali) dan diantara ahli panel yang terlibat ialah Dato' Lat yang baru-baru ni telah menerima Ijazah Doktor kehormat (Seni) kat tg.malim 2. Selain 2 ahli panel yg ke 2 iaitu Prof Dr . Mulyadi Mahmmod (yg xda rambut 2) beliau merupakan Sejarahwan seni yg suatu ketika dulu pernah terlibat dalam pembikinan siri animasi Usop Santorian dan menjadi suara latar bagi watak atuk kepada Abu..Ahli panel yg terakhir ialah mohd Azlan Abdullah (penyelaras m'sia cartoon).




ahli panel Mulyadi,Dato Lat, mohd Azlan Abdullah



Walaupun aku sampai agak lewat tapi aku masih lagi sempat mengikuti pembincangan mengenai Seni kartun tanah air yg mana mengikut apa yg dinyatakan oleh Prof Mulyadi, seni kartun di malaysia sebenarnya masih di peringkat bawah yg mana kebanyakan masyarakat m'sia masih belum memahami erti sebenar profession ini. Di malaysia kebanyakan pengeluar-pengeluar majalah atau buku hanya mementingkan pulangan dari apa yang dimodalkan dan kartunis hanya berfungsi sebagai perantara yg menyumbangkan hasil karya demi sesuap nasi (ayat dia lebih kurang lar tp aku tmbah2 skit) .


'Dato Lat'


Dato Lat dilihat sebagai Ikon kartunis M'sia di mana beliau telah menjadi seorang pengkarya yg mana mampu membuka mata masyarakat mengenai erti sebenar kartun yg sering disalah ertikan oleh kebanyakan dari masyarakat yg kurang memahami apa itu kartun. Sempat jugak aku minta autograf ngan bergambor skali nagn 'Dato L' ari 2 tp yg malangnya tak sempat aku nak tanya soalan Prof Zack dah cakap 'sekian Shj' dlm hati nyesalnya aku tak tanya awal-awal tadi..banyak lagi point yg diorang ckap hari tu tp aku mls nak tulis dalam ni sbb bnyak yg aku dah lupa...tp aku selitkan lah gambor2 yg sempat diambil masa forum tu..pe2 je lah.



Budak tmn bernam dgn penuh poyo, bongkak dan angkuhnya berposing bersama 'dato L'
(yg paling ensem kat blakang 2 aku lah hehe)



foto by: Hery Saifudin


Lat unrealise Artwork







2 comments:

AieSha said...

ko ni kartunis ke?

oleh butter said...

xde aku bdak art je blum da rzeki nk jdi kartunis..akan dtg kot kalu ada pluang..