Friday, April 3, 2009

Project the *** label..Mana kebebasan aku berkarya?

tragedi ni jadi bulan lepas yang mana seorang member telah memperkenalkan sorg budak yang baru habis sekolah kat aku.. beliau ngah mencari designer untuk projek t-shirtnya yang diberi nama the *** label..dengan semangat kesukanan beliau telah berjaya meyakinkan aku untk berkejasama dgn beliau untuk menghasilkan design t-shirt bagi projeknya tersebut.. pada fikiran aku yang agak waras ketika itu mungkin projek ni dpt menambahkan duit poket aku yang serba kekeringan ini dan lagi pula aku tidak perlu mengeluarkan modal kerana beliau merupakan anak tauke..dengan semangat berpuak-puak aku terus mendesign mengikut apa yang beliau terangkan dan setrusnya meminta pendapat daripada beliau mengenai design tersebut ..namun beliau kurang berpuas hati disebabkan aku telah mengubah sedikit sebanyak nama lebel projek tersebut..dengan bongkak dan angkuhnya beliau mahu aku mendesign rekaan mengikut rekaan t-shirt yang sedang femes skang..(mau tiru ka)..maunya kena saman aku nti sbb tiru orang..

beliau juga mahu aku tambahkan lagi corak dalam rekaan tersebut..pada mulanya aku cuma mengikut dengan beranggapan projek ini akan berjaya..setelah aku menunjukan rekaan aku yang seterusnya beliau sekali lagi tidak berpuas hati dan mahu aku bermain dengan warna (apa dia ckp aku pn xphm, sememangnya beliau buta seni kerana tidak pernah mengambil subjek seni di zaman sekolahnya)..beliau juga dengan bangganya mahu membandingkan designya dengan design aku yang tah hapa2. (beliau baru nk start design n baru tengah cari software illustrator ngan photoshop cs4 katanya)..mybe disebabkan aku hanya menggunakan software dari zaman kuno (photoshop n illustrator 7.0 versi education budak sekolah punya ) maka rekaan aku disamakan dengan sampah agaknya..
the tuut design shirt

namun aku akhirnya tersedar bahawa beliau sebenarnya seorang remaja yang mempunyai bapak yg banyak duit dan sedang cuba mencari identiti sendiri..(jiwa remaja kot)..habis kredit n masa aku kerana melayan seorang bdk pompuan yang belum cukup umor..arghhhh

2 comments:

ciK LyndaWawa said...

mana chat box kamu geng???:)

oleh butter said...

tak beli lagi..hehe