Wednesday, August 18, 2010

Tribute to 'Malaya' : part 1

Tanah Melayu map

Salam ramadhan...aku juga nak ucapkan selamat berpuasa pada semua pelawat yang masih sudi menjenguk blog buruk aku nih. Sempena bulan menyembut kemerdekaan yang ke 53, aku nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai pasal 'Tanah Melayu' yang sememangnya membuatkan aku bangga menjadi salah seorang daripada penghuni 'tanah Melayu'. Tapi aku masih terasa kurang bangga menjadi penghuni negara Malaysia. Nak tau kenapa? sebab orang Malaysia terutamanya golongan muda remaja terlalu teruk perangainya. Gejala sosial menjadi-jadi dan perkara itulah yang dibangga-banggakan mereka.

Aku taknak cerita panjang pasal masalah sosial, cuma nak berkongsi pasal salah satu daripada pejuang negara yang kurang dibukukan dan diceritakan dalam buku-buku sejarah Malaysia terutamanya.Tapi aku tau walaupun aku tulis benda ni panjang-panjang tak ramai golongan 'melayu' yang suka membaca benda-benda camni terutamanya yang menceritakan pasal sejarah 'Malaya.


pernah korang dengar pasal Malaysia killer elite? ni bukan cerita pasal pembunuh upahan tapi tentera komando orang asli yang diberi nama The Senoi praaq. Kumpulan perjuang ini yang terdiri daripada kumpulan orang asli ini memang pakar dalam mengesan dan memburu komunis (PKM) sebelum dan selepas kemerdekaan.Kumpulan ni ditubuhkan pada sekitar tahun 1957 ketika Malaya sudah dekat pada tarikh kemerdekaan.

Nak tau sebab apa? sebab ketika tu British terdesak nak tubuhkan pasukan yang dapat membantu kerjaan baru jaga keamanan dari pengaruh Komunis ketika tu. Pegawai mat salleh yang diberi nama Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,yang merupakan pemerintah Malaya ketika itu pasal penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bawah Jabatan Orang Asli. Ketika penghujung tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Pada mulanya orang asli yang menanggotai kumpulan ni terdiri dari orang asli yang ditangkap kerana menanggotai komunis dalam operasi yang di beri nama operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP). Mereka yang ditagkap ni kemudianya diserap kedalam pasukan Senoi Praaq. Mulanya pasukan elite ni terdiri daripada 2unit utama yang mana ada 10 orang dalam setiap unit. Selepas itu bertambahlah ahli dalam pasukan ni yang mana mempunyai 2 skuad yang terdiri daripada 80 orang ahli.

Kalau nak tau pasukan Senoi Praaq ni menjadi salah satu pasukan yang paling ditakuti skuad komunis masa tu. Skil berburu yang ada pada orang asli dalam pasukan memberi kelebihan pada mereka untuk menewaskan musuh. Sebab tu juga ketika awal kemasukan pengaruh komunis mereka mempengarui orang asli untuk masuk dalam pasukan mereka.

Kalau nak tau pasukan orang asli ni mempunyai banyak kelebihan dari segi bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat dalam jalankan operasi. Kalau ada yang pernah tengok cerita lembing dan layang yang pernah ditanyangkan kat astro, cerita tu memang berdasarkan kisah Senoi Praaq..tp cerita tu kurang feel lah sebab pelakon utama dia bukan orang asli.


Preview lembing dan layang

setakat tu ja lah tribute aku kali ni..kalau ada yang minat bacalah kalau tak minat ikut suka koranglah nak minat pa pun..

nak tau diorang ni lah legend: Antara anggota terawal Pasukan Senoi Praaq yang masih hidup.
Sumber: gambar pelik


" They then served as mercenaries employed by the United States Central Intelligence Agency in Vietnam and later fought on Borneo during Malaysia's own undeclared war with Indonesia "

sumber: Death Waits in The Dark,The Senoi Praaq:Malaysia's Killer Elite,Roy davis Linville Jumper,
http://senoipraaq.com/


memo: love malaya

1 comment:

Nur Syuhada said...

whoaaaa,facts.
takde pon blaja kat skola.pening pale bace kott.