Wednesday, December 28, 2011
monolog with sound
adakalanya perasaan hati boleh juga diluahkan melalui lagu..marah,sedih,gembira..apa juga..
berpeluh jgk ketika meluahkan perasaan ini..kalau tak silap aku lgu asalnya dri crita korea tp tak taulah aku crita apa..bwh ni kordnya..
Intro:
Am Em F C Dm E or E7 Am (2x)
Verse 1
Am Em F C Dm E or E7 Am
Verse 2
Am Em F C Dm E or E7 Am
Chorus
Dm G C Am A# C F
Dm G C Am A# Gm A7
A# C F
A# A7 Dm
Solo:
Same as intro but play only once
Verse 1 and Verse 2 again
Chorus
A# A7 Dm
memo: for someone thanks 4 everything..selamat pengantin baru...aku doakan anda berbahagia sehingga akhir nafas.
Give Me Some Sunshine
Monday, December 26, 2011
tentang kita character: our friends
Friday, November 25, 2011
Wednesday, November 2, 2011
my first comics


memo: tentang kita2 lah...
Sunday, October 9, 2011
saat mata dan hati Meraung.
nasib baiklah najib memahami hati ini dan tidak menakkan nikotin sesuka hati beliau..kalau tak lagi kuatlah poket aku ni merauang..ntah apa yg aku taipkan di sini..maybe ketagihan nikotin yg melampau ini juga menyebabkan mak gua sendri menyatakan yang gua ini sudah tidak waras..,masakan orang tidak waras boleh menulias kan..jadi masih waras rasanya sereblum-sereblum sisi otak ini..
Setelah agak lama mengodek-godek mencari lelap ntah macam mana terwujud art yang kat bawah ini..yang semestinya kewujudanya bukanlah di bawah pengaruh nikotin atau yang seangkatan dengannya....

Saturday, August 27, 2011
Sunday, August 21, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Art atas jalan yang agak pergh!!!!









memo: kalau kat sini pun macam ni kan best...mungkin agak tebeliak mata-mata mereka yang memandang...
Thursday, June 23, 2011
Seni kematian!!

ish...hang ni apa cakap pasal mati ni dah buang tebiat ker?
ala muda lagi watpa nak fikir pasal mati?
meh sini aku nak cerita pasal seorang sahabat yang namanya lebih kurang macam aku jugak. beliau yang sejak dari keciknya lagi takut sangat perihal kematian. Mungkin ketakutan beliau salah satu sebabnya selalu di momokan dengan cerita-cerita tahyul di kaca tv. Ketakutan akan kematian terus menerus sehingga si sahabat tersebut dewasa..dalam fikiran beliau tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga ataupun beliau sendiri yang akan didatangi malaikat maut?....
Kejahilan beliau akan seni kematian terus bersarang di dalam hati...bagaimana ketakutan akan kesedihan, kehilangan terus menerus sehingga tak terbayang lagi. Sesekali beliau terfikir bagaimana sekiranya beliau kehilangan ibu bapanya...? stop!!!! cukup setakat itu beliau sudah tidak mahu membayangkan perihal tersebut.
Beliau tidak sedar yang kematian itu merupakan salah satu janji Allah yang pasti..sehebat mana, secantik dan sekuat manapun manusia tersebut...pastinya datang suatu hari yang akan menjadi titik pengakhiran bagi suatu permulaan iaitu kematian...
berbalik kepada sahabat aku tadi....ketakutan demi ketakutan akan kematian akhirnya datang juga menjengah hati dan jiwa sahabat ini...kehilangan salah seorang manusia yang pernah membersarkanya dari kecil hinggalah dewasa membuatkannya sedar bahawa janji Allah itu tetap pasti...tidak guna melahirkan dari ke sebalik gunung sekalipun...sekiranya sudah tertulis maka jadilah..
ketakutan yang hanya sekadar ketakutan tanpa sebarang tindakan memperbaiki diri merupakan salah satu perkara yang sia-sia..pernah terlihat melalui pembacaan yang mana salah satu perkara yang dapat membendung kita dari melakukan dosa ialah...ingat kematian..yup...aku yang menulis ini pun masih tak terbayang bagaimana keadaanya di alam sana..sedangkan diri masih jahil dan selalu lalai..melaksanakan suruhaNYA..
semoga ilmu tentang kematian yang dicari oleh sahabat ini menjadi suatu pemulaan kepada hidupnya mencari suatu pengakhiran atau Husnul khatimah yang diharap-harapkan...insyaallah...
memo: semoga kita dijauhi dengan su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk)
more art more work>>

memory of mural painting...mural terbesar pertama aku n kawan-kawan.. special thanks pada mr berd (aka.mr azmi) my partner siapkan painting nih..for cikgu muzi tingkiu bebanyak.for mr lal (ada copy idea ckit2)...segala rasa aku luahkan pada mural nih walaupun karya janji siap tapi kepuasan tu tetap ada..
Monday, June 20, 2011
Hidup dalam jiwa dalam hati dalam nafas....

Sebelum aku memulakan sedikit perkongsian cuba kita sama-sama berfikir akan kehidupan kita kehidupan aku dan kamu juga bertapa karatnya hati kita yang dipenuhi pelabagai penyakit Al-wahan!! apa itu penyakit Al-wahan? pada yang tak tau cuba baca dan fikir salah satu dari pada beribu hadis rasulullah ini
disabdakan oleh Nabi Muhammad S.AW
“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)
tengoklah betapa cintanya kita pada dunia? pada harta? pada wanita begitu juga sebaliknya.....sehingga kita sering lalai lupa pada kehendak hakiki kita..lupa pada janji-janji kita pada yang maha Esa.
Sampai bila agaknya kealpaan itu akan terus membelengu kita...agaknya sehingga datangnya sesak-sesak nafas terakhir baru kita akan sedar bertapa alpanya kita tentang apa yang sebenarnya fungsi sebenar kejadian hidup manusia..mungkin aku sendiri gagal menerangkan secara sepenuhnya apa yang aku kemukakan ini kerana banyak lagi rahsia tersirat dan tersurat yang perlu dicari dan diterokai..
Sedar atau tidak secara tersirat kita sememangya keseorangan menjalani hidup di muka bumi ini walaupun di sekeliling kita ada keluarga ada kawan-kawan ada anak isteri namun terkadang kita terlupa saat pertama kali melihat langit Allah ini kita keseoraangan kan...kita juga bakal keseorangan dikala di penghujung nafas ini. Anggaplah penulisan ini aku madahkan hanya untuk memperingati diri sendiri akan betapa sering lalainya dalam menghadapi dugaan hidup di dunia Allah ini..seandainya sudi memandang dan mengeja satu persatu penulisan ini mungkin boleh menjadi satu peringatan kepada kamu juga..insyaallah.
Monday, April 18, 2011
Saturday, April 9, 2011
di mana pengakhiranya?

Mungkin satu rahmat disebalik sesuatu kejadian yang telah takdir tetapkan..aku lebih mengerti apa yang dinamakan kehidupan, aku lebih mengerti apa yang dinamakan kasih sayang, aku lebih mengerti apa yang dinamakan tanggungjawab, dan aku juga tenyata lebih mengerti akan pengertian menjadi seorang aku..kepada ya

Suatu ketika pernah aku merasa aku adalah salah seorang manusia yang paling beruntung di atas muka bumi Allah ini..aku ada semuanya, keluarga, orang yang pernah menyanyangi dan disayangi, kawan-kawan... ada semuanya...tapi bila satu persatu ujian diberikan aku mulai lemah, longlai,.terasa hilang arah kaki ini melangkah bila orang-orang yang aku sayang jauh pergi dari aku...dan ada yang telah pergi dan tak akan kembali..Semua itu buatkan aku berfikir akan permulaan dan pengakhiranya pada seorang yang bernama aku..semuanya bermula pada satu pertama diri ini menghirup udara dari langit ilahi ini....saat diri ini masih kaku akan apa itu ertinya kehidupan, saat diri masih merengek mengharapkan simpati dan kasih sayang...

tapi kini bila saat pemulaan dan pengakhiran semakin bertemu...baru langkah dari hati ini sedar yang kehidupan ini bukanlah sekadar kehidupan...yang kehidupan ini satu anugerah yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin kerana bila berakhirnya kehidupan itu tandanya bermulanya satu permulaan yang tiada pengakhiran..
memo: dan hati ini sukar menerima hakikat sebenar...
Tuesday, January 18, 2011
Art for Aids2: meh vote ramai-ramai

nak vote masuk sini Art For Aids 2
Sunday, January 9, 2011
Apa pulak tu Haikal Sulaiman???
Entry kali ni lari sikit dari dunia Art dan bukan setakat ilmu sejarah atau mitos atau cerita kosong saja tapi lebih kepada isu dunia Islam. Korang tau ke Al-Aqsa sedang dalam proses kehacuran?
akak salmah ponen: eh yeke? akak tak pasti la dik, kalau bab juara berlagu tu akak tau lah...akak sokong m.daud kilau je...
(dialog ni takda kena mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia)
Rasanya semua sudah tau yang Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Jadi apasal zionis pulak sibuk sangat nak rebut Al-Aqsa tu siap nak robohkan lagi? sebab menurut catatan sejarah (aku tau korang tak minat sejarah kan) tapak Al-Aqsa merupakan bekas peninggalan Haikal Sulaiman aka The SOlomon temple (wikipedia: sini) yang dipercayai didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s kira-kira 960 SM. Tapi kemudianya kuil itu dimusnahkan oleh bangsa Babylon setelah diorang berjaya kusai Juruseleem...tak berapa lama lepas tu tentera Parsi pulak berjaya kuasai Jurusalem dan mereka telah mendirikan semula Kuil tersebut. Sekali lagi Kuil tu dirobohkan oleh tentera Romawi pada 70 m, kuil tu diratakan terus sampai tak tinggal kesan langsung.
Haikal Sulaiman ni merupakan kuil pertama orang yahudi yang dipercayai akan menjadi pusat dunia yang akan didirikan bagi menyambut kedatangan Raja aka Big boss Yahudi siapa lagi kalau bukan Massiah atau dalam bahasa orang putihnya Messianic atau dalam bahasa yang paling popular Dajjal..yang korang minat sangat cerita 'Lord of the ring' tu Massiah la tu yang diibaratkan seperti peperangan islam-yahudi (perang dunia iii)..tapi dalam cerita tu yahudi yang menang kan? (tentera Gandalf tu yahudi la).....aku pun tengok..
Orang yahudi-Zionis bersandarkan kpd tiga keyakinan perkara besar yang akan berlaku kepada mereka dan dua daripadanya dah pun berlaku. Pertama perhimpunan seluruh kaum yahudi bagi membina bangsa yang baru (dah ada kan), yang kedua pula merampas kembali Jurusalem dari umat Islam (dan pun terjadi) dan yang ketiga pembinaan Haikal Sulaiman (belum terjadi)...Aku pernah tengok dalam salah satu siri dalam History channel (tak ingat tajuknya) yang mana mereka mengkaji kemana hilangnya Tabut, salah satu benda yang diyakini sebagai mukjizat nabi musa a.s ( tabut keramat bagi yahudi), dalam siri tersebut sebuah terowong yang panjang digali di bawah Al-Aqsa. yang mana mereka yakin bahawa situlah tabut keramat itu berada. Banyak lagi usaha-usaha yang dilakukan zionis bagi meruntuhkan masjid Al-Aqsa (nak tau kena baca sendirilah).
Segala rancangan mereka ni dijangka dan sudah dirancangkan akan membawa kepada peperangan antara umat Islam dan yahudi-zionis (perang dunia iii aka Perang Armaggeddon). Dan menggikut propaganda-propaganda yang dicanangkan oleh yahudi dan barat suatu perkara besar akan berlaku pada tahun 2012 (tahun depan). Betul atau tidak Allah saja yang Maha mengetahui...
Jadi sebagai umat Islam bersedialah menghadapi pemulaan kepada pengakhiran fitnah akhir zaman. Jangan tau nak seronok ja...ramai yang dok beromen keja buat anak haram ja macam mana nak bersedia camtu?.. satu persoalan untuk difikirkan bersama bersediakah kita sebagai umat islam untuk berjihad dalam mempertahankan Islam????
sumber: konspirasi galatik-Muhammad Nurani Maarif (2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Haikal_Sulaiman
the Arrivals eps 35 (tengok kt u-tube)
(memo: penulisan ini tidak menggunakan format penulisan yang betul dan banyak menggunakan bahasa pasar jadi penulisan sebegini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi.)
Thursday, January 6, 2011
Kampung boy Muzikal...best ke?

aku nak kata minat sangat tu...kecik-kecik dulu bleh lah...tapi sebagai art fanatic aku follow jugak..okeh bagi peminat kampung boi satu persembahan muzikal bertajuk "LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal" diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia & Tall Order Production akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 Mac hingga 3 April 2011.
Jadi sesiapa yang berminat dan berduit bolehlah tempah tiket awal-awal...tapi kalo anda tak berduit sebab getah sekerap dicuri orang tak dapek den nak nolong aihhh.....
Selain tu jugak ni ada berita baik bagi sesiapa yg minat berjoget....
ujibakat penari"LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal' akan dijalankan pada 10 jan 2011 (isnin ni) pukul 2.00 hingga 7.00ptg bertempat di Lambang sari, Istana Budaya.
Kalau ada yang berminat dan rasa pandai berjoget tu bolehlah cuba...mana tau korang boleh jadi kartun pasni kan.
sebarang maklumat boleh tengok kat sini dia punya fb
atau kat sini
memo: tak sesuai kot org jadi kartun...
Wednesday, January 5, 2011
Patung gentayangan???
Salam...
Post kali ini aku nak preview sikit pasal art-art yang 'agak' pelik sikit yang dibikin oleh mat-mat salleh yang biasalah kurang sihat kepala hotak diorang. Bagi peminat dan bukan peminat Art layan je..sambil hangguk2 kepala...yeah!!yeah!!!
(klik utuk tumbesaran)




Mau gentayangan satu kampung simpan patung camni. rupa pun dan macam mak lampir dah...
nak tengok lagi patung gentayangan leh masuk sini
Nak tengok lebih lagi leh masuk kat sini Mowa museum
memo: patung tu hadiah kat anak ok tak?
Tuesday, January 4, 2011
Melayu boleh terbang???

ENTRI kali ni bukan berita pasal manusia ajaib atau mempunyai super power terhebat tapi lebih kepada pandangan foolitik daripada kacamata ‘aku’ (aku memang rabun ok). Aku bukanlah seorang fanatik kepada mana-mana parti foolitik yang ada kat Malaysia kerana aku lebih suka tengok dan lihat manusia-manusia terutamanya ‘Mer-Layu’ bergaduh dan berfitnah sesama sendiri disebabkan foolitik.
Memang aku tak sangkal bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan…betul kan? Yup…tapi yang aku lihat disini Islamnya Cuma 20 ke 30% yang diperjuangkan selebihnya hanya kearah perjuangan kroni-kroni sendiri. Mesti penyokong-penyokong fanatik merasakan ‘mamat ni mesti pencacai najib botak lah ni’….haha…. jangan silap sangka dari awal-awal lagu sudah aku katakan yang aku tidak terpengaruh dengan mana-mana dakyah parti foolitik kat Malaysia ni ok….
Beberapa tahun yang lepas-lepas pernah aku berforum dengan mahkluk-makhluk yang fanatik foolitik ni tak kira lah dari parti UMnoh barang baik atau pun Parti pakat-pakat Rakyat (hamba) .. apa yang aku perhatikan semua manusia yang amat fanatik ini mempunyai perangai yang sama iaitu tak boleh menerima pandangan orang lain.betul tak?..hahaha kadang-kadang nak tergelak pun ada sorang maki yang sini yang sini pulak maki yang sana. Yelah tapi betul jugak kan pemimpinya yang huduh perangai pun keja dok beromen ja mana la rakyatnya(hamba) tak macam beruk kena belacan.
Tapi ramai yang boleh tengok kenapa ramai sangat Mer-Layu ni fanatik sangat dengan foolitik? Mer-Layu yang atas-atas tu yang perut besar2 tu memanglah sebab periuk nasik dorang kan kalo tak mana nak dapat duit yang berjuta-juta tu kan…dari rakyatlah(hamba) dari mana lagi kan. Sebab tu la tiap bulan kalau boleh pak menteri nak naikkan minyak, Sebab untung boleh masuk poket sendiri kan.
BIla tiba masa tu ramailah rakyat-rakyat(hamba2) yang merungut dan marahkan pak menteri.’ Apa lah pak menteri sial ikut suka naikkan harga barang semua’ korang ni pun tak sekolah ke kalo pak menteri tak naikan harga minyak semua tu mana la dorang nak dapat duit nak g bercuti, minum2 ngan rakan2 nanti. Bangunan besar-besar tu nanti mana nak cekau duit ha mesti la mintak duit kat hamba-hamba semua…kan. Korang takda duit pun apa pak menteri nak peduli kan janji masyuk beb. Jadi apa penyelesaianya kalau nak elakkan perkara jahanam ni dari terus berlaku.?????
Ada yang cakap ubah kerajaan, pak menteri cakap ubahlah gaya hidup,..aku cakap ko kerjalah rajin-rajin nak tanggung anak bini......(nak tanggung kerajaan sekali) kan.....kalau ko nak ubah kerajaan pun ko buatlah sebab bagi aku apa yang nama kerajaan semuanya duit-duit.....
melayuman yang beraksi ala2 sivaji the boss..menghapuskan manusia2 yg gila duit
bak kata pepatah orang2 MLM (HARAM)...'DUIT BUKANLAH SEGALANYA TAPI SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT'....(aku benci pepatah ni)
memo: im proud to be malay....uuuuu...huhuhuhu
Sunday, January 2, 2011
Abang J2011

nah preview sikit lagu abG J yang memang fav aku nih...
memo: kalo sekerap aku tak kena curi memang aku p dah ni..