Tuesday, April 7, 2009

Antara Aku, Pelajar dan Art

Sesetengah orang ada bertanya penting ke belajar seni ni? boleh jadi apa kalo belajar seni? seni ni senang ja kan kalo nak dibandingkan dengan benda lain..btul ke seni ni senang? seni ni tak penting pn?

bagi aku yang belajar seni kat tempat ni mmg aku tak bleh nafikan bahawa budak seni dan seni sendiri mmg dipandang rendah oleh sesetengah mahkluk yang menyangka mungkin mereka akan menjadi doktor atau peguam atau menteri atau artis setelah kuar dari tempat ni..kadang2 aku terasa seperti mahu tergelak sambil berguling-guling di atas jalan raya yang dipenuhi dengan lori balak sebab apa kebanyakanya manusia kat tempat ni terlalu hipokrit dengan diri sendiri dan orang lain jugak..apalah sangat nak dibanggakan dengan sehelai ijazah 2? boleh dibanggakan ke? mungkin boleh la di zaman sekarang ni yang memerlukan duit untuk semua perkara..termasuklah ke jamban sekalipun...

Seni ni selalu dipandang rendah ke? terus terang aku cakap aku pun sebelum melibatkan diri dalam bidang seni ni pun aku fikir beratus ratus kali bleh ke aku survive dlm bdang ni? tp bila aku dah masuk ke dunia seni ni otak aku sudah mula dapat berfungsi yang mana bagi sesiapa yang fikir seni berada di kelas yang terbawah lu orang silap la bro...lu nak bina jamban pun kena ada kelulusan seni tau skarang..lu tngk dlm tv tu pun seni tau..jadi kenapa masih banyak orang nak pertikaikan seni ni aku pun agak heran jugak la..mungkin pandangan sesetengah orang menggangap diri mereka terlebih pandai ni beranggapan bahawa seni ni utk orang yang bodoh je..btul ke? adakah aku ini bodoh? sebab aku tak tau mengira sangat tp orang yang pandai mengira tu tak reti melukis pun? adakah dia bodoh jugak sebab tak reti melukis?

seperti yang aku bagitau mmg tempat aku belajar ni dipenuhi dengan manusia-manusia yang hipokrit termasuklah tempat yang diberi nama universiti ni sendiri..mana yang universenya pn aku tak tau la..malas sebenarnya aku nak mengutuk banyak2 sangat pasal tempat ni bukan takut disaman atau dibuang tp sebab takdak duit nak bayar saman ..jadi aku berbalik semula ke topik yang asal seni dan arah tujunya..bukan seni hiburan ye kawan2...sememangnya rakyat malaysia tak tau menghargai seni!!! betul ke? mcm tak betul ja..kalo tak betul jgn la terasa ye tp mengikut apa yang aku lihat mmg betul pn tp mungkin ada sedikit peningkatan la dari thn2 lpas sbb mak bapak aku dah boleh terima aku blaja seni...kalo dulu soalan yang selalu ditanya bila aku cakap aku tengah melukis ialah 'hang p belajar ka hang p melukis ni??'...puas aku nak kasi tau diorang balik aku tengah belaja..

mmg tidak aku nafikan reti melukis kartun ni kadang2 ada jugak kelebihannya terutama bila ramai awek yang suka dengan kartun kita (kartun kita ja bukan kita pun)..hahaha. tp yang melemahkan semangat aku bila nak berkarya semua yang nak free ja (kalo cmtu tauke B**I pn bankrap..sbb diorang ckap melukis kartun ni senang je..senang ke??? cmtu lukis sendiri la lagi senang tak payah aku nak susah2..mybe la satu hari nti masyarakat akan faham yang art ni tak la seteruk yang disangka..kena yakin kot..

aduh!!! kenapa plak blog aku bleh jadi mcm diari plak ni bukan aku nak cita pasal art ke kat sni yang aku meraban ni apa pasat..(anggaplah aku sedang bermonolong dengan diri aku sendiri ye)...sekian

Seni yg tak hilang ditelan zaman
video
koleksi bapak gua ni layan ja lah..
(jgn terkezut kalo gua ckap gua suka karaoke lagu nih..hehe)

4 comments:

withoutmotive said...

art, art n art...fuhhh...pnat...

pejalbutter said...

mmglah sngt penatnya..

Anonymous said...

lor kat mesia mmg gitu kot bro... bila ttg seni nie x ramai yg sanggup kuar duit apa lagi kalau seni tu mai dari malaysia tp kalau luar sanggup ikat perut sbln tak pa ahak ahak...

tp kalau dah ade bkt cam bro nie baik cuba market kan kat luar at least untuk meneruskan usaha dan mana tahu satu hari masyrakat kita berubah :)

pejalbutter said...

selalunya peluang yang membataskan bakat yg ada..ramai bdak2 skang yg berbakat besar tp pluang 2 kurang lg..kalu dah dlm ngara pn ssah nk cari mkn mybe luar bleh kot..kna ykin la asanya..