Friday, April 24, 2009

Antara Aku, Dia dan Pokok Getah

Mungkin ada yang terfikir apalah kena mengenanya pokok getah dengan cerita aku ni? siapa plak si 'Dia' tu, awek ke? isteri ke?... maaflah semua sangkaan anda itu salah. Sebenarnya kat sini aku nak cerita pasal seorang seniman yang mana lagu-lagunya sering menyebabkan aku terlentok mengenangkan kembali kisah-kisah lama (chewah)..seniman yang aku maksudkan ialah R.Azmi..hahaha ada antara rakan2 yang tergelak melihat aku melayan dan lagu beliau sebelum mau tidoq.. sambil berkata ni zaman 50an ke alaf21 ni??..aku pun tak kisah sebab lama kelamaan diorang pun dah terlayan dengan lagu2 lama nih..

rasanya memang kurang golongan rumaja seperti aku(rumjakah aku) yang mahu mendengar lagu2 sebegini..mungkin kerana takut dikatakan kolot dan tidak mengikuti arus zaman..biasalah skang banyak orang dengar lagu indon!! n macam2 lah lagunya..

Apa kena mengenanya lagu-lagu R.Azmi ni dengan hidup aku?? tak ada kena mengenanya pun sebenarnya.. sebab bapak aku yang selalu dengar lagu-lagu R.Azmi dulu..masih terbayang di kepala hotak bila mana bapak aku pasang kaset lagu R.Azmi sambil motong getah..waktu tu aku skolah rendah cmtu la just teman mak aku motong ja belum pndai motong lg..lagu R.Azmi yang jadi peneman aku time tu dikala tidoq di sebelah pokok getah ( utk makluman aku mmg suka tidur sblah pokok getah dari kecik smpai ke besar kalo g menoreh)....


aku hidup makan hasil dari pokok nih lah

antara lagu-lagu R.Azmi yg femes Pilihan mata(aku suka lgu nih), hore hore samba, serba salah, helo helo sayang, memikat hati n banyak lagi lah..
kat sini aku sertakan jugak R.Azmi punya profile dan sedikit kisah perjalanan hidup beliau yang agak mendukacitakan..


Seniman R.Azmi



Profil R Azmi


Nama Sebenar: Raja Azmi Raja Ambiah

Lahir: 1923

Asal: Kuala Kangsar, Perak

Tahun Meninggal Dunia: 1974

Kerjaya: Penyanyi/Pencipta Lagu

Antara Lagu Popularnya: Memikat Hati, Dari Kerana Mata, Si Cantik Manis, Hore Hore Samba dan Di Bawah Bulan Purnama.


Seniman R.Azmi:


R Azmi
dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1923 dengan nama Raja Azmi Raja Ambiah, Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni.Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan utk mendekati golongan rakyat pd zaman dulu yg begitu mengagungkan R dan takut ketulahan.

Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.
Pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 50-an, beliau dianggap pesaing hebat dengan P Ramlee.Pernah dr Klang ke Melaka utk buat persembahan dgn berbasikal

Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin juga melengkapkan gambaran itu.

R Azmi meninggal dunia pada tahun 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor.

Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.

Selain lagu Memikat Hati, lagu popular lain daripada R Azmi ialah Si Cantik Manis, Hati Rindu, Terimalah Salamku, Putih Kuning, Kalau Ke Singapura, Ingin Ku Berjumpa, Helo Helo Sayang, Senyuman Yang Manis, Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda), Renungan Di Senjakala, Hatiku Kecewa, Mata Keranjang, Nasib Penyanyi, Bercerai Kasih, Kerana Mata, Hore Hore Samba, Pak Hitam, Rindu Kalbu dan Kalau Sudah Tergoda.


Suara R. Azmi mula digunakan sebagai playback singer dalam filem pada tahun 1949. Filem "Noor Asmara" (1949), beliau berpadu suara bersama Lena, P. Ramlee dan S. Hamid menyanyikan lagu berjudul 'Bunga Ros'.


R. Azmi juga pernah berlakon dalam beberapa filem keluaran Malay Film Productions. Antara filem-filem lakonan beliau, "Bapa Saya" (1951) arahan B. S. Rajhans, "Syurga Dunia" (1951) arahan B. S. Rajhans, "Anjoran Nasib" (1952) arahan B. S. Rajhans dan "Tas Tangan Wanita" (1952) arahan L. Krishnan.

Pada 1952, satu peraduan nyanyian 'Biduan Raya' yang dianjur oleh Radio Malaya. Keputusan bagi biduan, tempat pertama, P. Ramlee dengan lagu 'Pantai Gurauan'. Tempat kedua, R. Azmi dengan lagu 'Mesra Ibu'. Dan Tempat ketiga, S. M. Salim dengan lagu 'Wahai Cinta'.


aku ambik dari www.myspace.com/lagendarazmi

Dari cerita orang beliau bujang sebab tak dapat kahwin dengan pompuan idamanya sampailah beliau meninggal dunia..(Al-Fatihah)
lagu beliau pun ada jugak nih..tp harap maaf gambar videonya sedikit mcm damn..ntah mana punya pelakon yg diletak dlm nih..lagu nih diolah semula sebab yang lama audionya kurang bagus tp itulah yg buatkanya masih sedap didengar...kalu nak dengar lagu dari audio asal leh cari kat You Tube.


Pilihan mata




malam bahagia


Warning: kalo asa xbapa suka n minat 2 takyah la dengar nti sakit telinga aku tak tau..

5 comments:

Sufy said...

haluwwwwwwww..hehehee....

Kak Lia said...

mama pon makan asel getah gak...sampai la ni...

R Azmi...mama sume lagu layan....yg lame lagi sedap dari yg baru....

~Cinta Cukulet~ said...

best jugak layan lagu lama ni...nostalgik gitu huhu

oleh butter said...

sufy: Alo back

Mamarempit: btul tu ma..sama la kta

Cinta cukulet: layan

eddie dewanaga said...

bagus betul info ni, good job bro...
antara seniman agung yg tak patut kita lupa, arwah R. Azmi pergi tanpa apa2 harta, anak isteri dan anugerah, cuma yg ada hanyalah bintang2 malap karyanya, satu legasi agung, bukti darah seni yg ada padanya cukup hebat.

Al-Fatihah buat beliau.