Sunday, April 5, 2009

JALAN dan BERJALAN JALAN

selamat berbahagia pada yang tak berapa nak bahagia 2 semoga bahagia2 slalu lah yea..hampir semalaman aku memikir dan mencari apa yang aku nak sumbat lagi dalam blog ni..aku pun berjalan-jalanlah di sekitar ruang maya ni dengan harapan dapat mencari sedikit sebanyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan masakan ..fokus utama aku cuma kartun dan komik malaysia shj, tetapi alangkah malangnya..smua yang keluar kebanyakanya komik dan kartun semuanya dari indonesia. Timbulah dalam benak fikiran aku ni adakah masyarakat indon lebih menghargai seni dari masyarakat malaysia sendiri? adakah rakyat indon kebanyakanya suka membaca dan menelaah buku komik..pelbagai persoalan muncul dalam kepala hotak aku ni..mmg tidak aku nafikan sememangnya industri kartun dan komik Malaysia dilihat telah banyak berubah dengan kemunculan pelbagai jenis skill dan stail lukisan komik yang sememangnya mencabar minda aku yang tak berapa reti melukis komik ini...tapi???

aku pun teruskan perjalanan aku di ruang maya komik indon tersebut dan aku terjumpa sebuah laman yang memaparkan 100% mengenai komik dan kartun Indonesia cthnya indo comic,
Planet comic dll..tujuan aku bukan nak promote web komik indon ni cuma alangkah bagusnya kalau kita mempunyai laman sendiri khas untuk mempromosikan komik dan kartun di Malaysia..


Tidak aku nafikan memang ada laman2 yang sebegitu cthnya Pekomik dan adalah beberapa buah blog kartunis tempatan yang mempromote hasil karya meraka, itu sahaja yang aku lihat..aku rasa itu semua masih belum cukup untuk menaikan industri tersebut kerana apa yang aku lihat sekarang komik dan kartun malaysia masih berada di tahap yang tidak berapa nak
membanggakan sangat. Sekiranya ada yang tidak puas hati dengan luahan hati aku, aku nak bagitau itu hanyalah pendapat aku sahaja sebab aku melihat dari kacamata seorang peminat komik malaysia..dulu ada jugak aku follow majalah komik yang agak popular di malaysia skarang ni tapi laman kelamaan aku hilang minat nak ikut n nak beli kerana kebanyakan pelukis baru yang menghasilkan karya di situ terlampau terikut dan terpengaruh dengan stail manga jepang punya 2..manalah identiti malaysianya kat situ? kalo macam 2 baik aku beli komik manga yang betul punya terus..tp aku tak beli sebab aku tak minat baca komik manga mkn buah mangga suka la.


Baru beli semalam ( isu 245 terlepas sbb duit xdak)


Sehingga ke hari ini hanya sebuah majalah kartun yang masih tetap aku ikut pekembanganya hanyalah Apo? sebab kebanyakan kartunisnya mempunyai stail dan identiti yang mengambarkan wajah malaysia yang tersendiri. Walaupun aku boleh agak kebanyakan daripada peminat majalah tersebut dimonopoli oleh golongan melayu tapi aku boleh lihat kat situ kartunis kt situ sedang cuba untuk menaikan industri kartun kat malaysia ni..bukanlah aku nak memuji Apo? tu cuma sekadar memberi pandangan yang tak berapa bernas ni. Walaupun aku tau Apo? dan tak sekaw seperti dulu tapi aku masih tetap beli..mungkin aku masih menanti dan menunggu satu perubahan yang besar dalam industri komik dan kartun kat malaysia ni yang
mana setiap masyarakat malaysia tak kiralah nenek, atuk, cucu, mak dan bapak boleh bersama-sama minum kopi dan makan cucuq pisang sambil membaca komik n kartun neh.


komik budak bodoh


aku teruskan lagi perjalanan aku sehinggakan aku terserempak dengan sebuah komik indon yang bertitle 'Kambing Jantan kisah mengenai pelajar bodoh'. mungkin kambing disamakan dengan pelajar tersebut sebab itulah tajuknya sebegitu walaupun sememangya semua orang tau kambing tidak pernah bersekolah, cuma mungkin hanya sebilangan kmbing spt kambingman shj yang berjaya menamatkan zaman persekolahanya sebelum masuk wat tumpoi..

aku sebenarnya dari kecik sudah disuap dengan majalah-majalah hasil karya kartunis tmpatan mungkin sebb 2 jugak aku kurang mentelaah komik dan kartun dari luar ni (tipu ada la satu dulu Doraemon tora aman)...dan aku juga agak jahil dengan karya2 dari luar ni..bagi aku komik luar sememangnya sudah mencapai target yg mereka kehendaki cth komik marvel n jepun mali. bersepah-sepah komik diorang di kedai2 buku mahupun di kedai gunting rambut sekalipun. Bukanya aku anti sangat pun dengan komik luar ni cuma aku masih menunggu sebuah komik atau majalah atau kartun dari negara bertuah ni yang betul2 dapat mengubat kerinduan hati aku ini terhadap industri komik n kartun malaysia..akhirnya aku hentikan perjalanan aku akibat kebosanan yang terlampau sambil melelapkan mata..sekian

3 comments:

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

Sala... awk cartoonist ke? sy blm ada kesempatan lg nk bc suma entry awk... but anyway... nice blog... nice cartoon... nice N3...

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

maaf... Salam...

Fadhlah said...

btol la tu...melaysia nyer komik tak menarik pon..klu dolu2 suka baca GILA-GILA..pastu dah tak beli dah...mcm mengarut ajer ceritanyer..